Wednesday 6 June 2018

Pudding Roti Marble


Assalam...
Minggu lepas, en.Abe bawa balik 3 keping roti putih, pelik juga nak kata dia suka makan roti pun tak yang berbaki dalam peti ais (roti wholemeal) beli sebelum puasa pun ada lagi.  Simpan dalam peti tahan lah daripada ditumbuhi kulat.  Nak mengolah jadi menu lain memang cukup bercinta sekarang ini, tak tahu lah kenapa.  Kalau buat puding roti dengan kastard sos, nanti saya seorang yang perabih, tak mau lah gitu.


Mencari idea nak bagi supaya roti tu bermanfaat dan tidak terbuang begitu saja, jumpa resepi puding roti marble nie.  Cantik untuk mata dan sejuk untuk tekak time berbuka puasa.  Kalau dia tak nak makan pun tak apalah, bagilah kat sesiapa yang sudi.


Puding Roti marble
Sumber: Puan Wan Zura Aishah


Bahan A
20gm agar-agar
5 cawan air
1 cawan gula


Bahan B
4 keping roti* - buang tepi dan potong 4
1 tin susu cair*
1 biji telur*
2 sudu makan majerin*
2 sudu makan susu pekat*
1 sudu tepung kastard*
Sedikit esen vanila*
Pewarna - saya guna 3 jenis, pink, hijau, coklat dan warna asal adunan. 

Cara Penyediaannya
*  Sediakan acuan / loyang.  Bilas acuan dengan air tanpa mengeringkannya (memudahkan untuk mengeluarkan agar-agar ketika sejuk)
*  Blend semua bahan B yang bertanda '*' hingga halus.
*  Masak bahan A, hingga agar-agar gula dan aga-agar larut.
*  Masukkan bahan blend ke dalam larutan agar-agar sambil dikacau perlahan-lahan hingga sebati.
*  Didihkan adunan seketika, tutup api.
*  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, satu bahagian biarkan kepada warna asal dan 3 lagi warna dengan warna kesukaan anda.
*  Senduk adunan dan tuang di tengah-tengah acuan.  Mulakan dengan warna asal atau warna lain pun boleh kemudian diikuti dengan warna yang lain selapis demi selapis.  Ulang hingga adunan habis.
*  Biarkan puding set kemudian letakkan ke dalam peti sejuk.
*  Potong puding sebelum dihidangkan.


p/s- Lapisan pink yang sebelah atas tu menggerutu sebab puding dah start menyejuk semasa saya meletakkan lapisan pink yang terakhir.  Panaskan semula adunan jika belum siap melapis.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment