Assalam...
Tahun ini berbuka puasa amalkan makan sekadar apa yang ada, takde ghairah nak masak itu ini sebab kebanyakkan hari berbuka pun sorang-sorang saja. Sehari tu pergi ke param kelana jaya, pergi nak cari nasi ambeng tapi yang dibeli nasi kerabu. Lebih kepada memerhati apa yang dijual dan check harga pula, sudahnya dua tiga hari tu pergi beli nasi kerabu tapi kat tempat lain lah.
Menarik sungguh gerai percik nie, tapi walaupun merecik-recik air liur dok keluar, kami tak beli pun.
Dok usha roti john, lebih 2 3 gerai yang jual roti john. Mata jadi hakim roti john mana yang paling sedap, yang nampak roti john dia sama macam roti john putrajaya. Last singgah beli kat satu gerai, rezeki kakak tulah.
Teringin nak makan masak lemak salai nismilan nie ada itik, ikan keli dan daging. Beli daging salai masak lomak, mak ampun podeh saya yang makan pedas nie pun tak tahan inikan lidah kelantan en. Abe tu.
Ramadhan kali ini tak dapat balik kampung berbuka puasa sambil menolong mak mertua bakar akok. Terpandang gerai akok, teringat-ingat kuih akok sedap air tangan mak mertua.
Menu-menu baru / hipster pun banyak juga dijual di mana-mana bazar. Tapi kami yang kekampungan ini hanya akan mencari menu nostalgia, menu-menu kampung.
Tangkapan kami dari param petang tu, warna macam tak menarik kan? ikutkan sajalah tekak yang nak makan tu, yang penting jangan membazir.
Sampai sekarang tak pergi lagi mana-mana param, cukup setakat itu lah kot untuk ramadhan tahun ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment