Assalam...
Ini air yang disediakan oleh Naimah (adik ipar) ketika kami berkumpul berbuka puasa di rumah kak long petang puasa keberapa tak ingat, tapi ketika hujung minggu. Mulanya kami ajak semua berbuka di rumah kami, tetapi ada sebab yang tak dapat dielakkan, kak long minta kami datang berbuka di rumahnya saja. Sebelum sampai harinya adik-adik sibuk bincang nak bawa juadah apa? saya jawap nak chop bawa buah tembikai jer paling senang lagi pun itu buah kegemaran, buah wajib bagi family belah sana. En.Abe sebenarnya dah ada pilihan menu nak masak petang tu.
Nadiah tiada sebarang feedback, senyap saja, tapi kami faham. Walaupun dia bujang tetapi menu dia banyak pilihan, tepi rumah dia ada bazaar ramadhan. Petang tu dia bawa sate ayam dan daging beli dari param. Bila Naimah dah suarakan nak buat air viral ini dan kak long sendiri nak sediakan bubur kacang, rasanya dah cukup tak perlu tambah menu lagi, banyak-banyak membazir nanti.
Air Viral - Dragon Mix Fruits
Sumber: Naimah
Bahan-bahan
1 biji buah naga
1 biji buah mangga
1 tangkai buah anggur.
1 tin buah laici
1 tin susu pekat
ais kiub secukupnya
Cara Penyediaannya
* Sediakan buah-buahan, potong kuib mangga dan buah naga.
* Anggur belah dua.
* Campurkan kesemua buah tersebut bersama air laici sebagai pemanis.
* Tambahkan susu pekat manis.
* Masukkan ais kiub ketika hendak dihidangkan. Campuran buah boleh disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk dan hanya tambahkan ais ketika hendak dihidangkan.
Alhamdulillah dapat rasa air viral campuran buah naga dan manggo ini, sebelum tu memang berhajat nak buatnya. Manisnya air pass pada saya petang itu, hanya manis daripada buah dan susu. Ada kesilapan teknik petang tu, orang yang buka tin laici telah membuang air laici dan hanya mengambil buahnya sahaja. So lain kali kali kalau saya nak buat dalam jumlah yang sikit, saya kena buangkan juga air laici tu agar tidak terlalu manis.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment