Saturday, 23 June 2018

Aidil Fitri 1439H

Assalam...
Salam Aidil fitri untuk semua sanak saudara dan sahabat semua.  Sambut raya di mana you all?  tahun ini dapat cuti, patutnya giliran balik beraya di kampung saya, tapi sebab tahun lepas giliran beraya di kampung suami tak tercapai, jadi tahun ini kita bagi can lah.  Lagi pun dua minggu lagi nak balik kampung saya juga, harap masih ada suasana raya lagi, raya kan sebulan.  So jangan sedih-sedih, raya di mana-mana pun kena happy happy, saling memohon kemaafan dan mengeratkan tali persaudaraan.

Tahun ini tak semua adik-beradik yang balik beraya, 2 orang beraya diperantauan menuntut ilmu, 2 orang lain bertugas dihari raya.  Kiranya kami balik bolehlah riuh-riuhkan  suasana,  itu kisah hari raya orang yang ada anak lebih dari dua tiga orang.  Yang hanya ada anak seorang atau tiada langsung, hanya mereka yang melaluinya tahu.  Raya pertama kami di rumah saja, ramai tetamu yang datang selepas selesai sholat sunat dari pagi hingga ke petang.   Menurut adik tahun lepas, tak ramai pun, sehingga raya kedua ketika kami nak keluar beraya ada tetamu yang datang, terpaksalah beraya di laman saja.


Raya kedua kami semua pergi beraya ke rumah arwah sepupu ayah di Mela, Kuala Lipis.  Di sini jumpa anak, cucu, menantu arwah yang berkumpul sambut raya (kak nisa baru sampai dari KL masa kami sampai, ini antara team yang bekerja dihari raya).  Sampai-sampai jer, makan tengahari dihidangkan, seronok makan ramai-ramai, lauk kampung.  Dah lama dah rasanya tak makan duduk bersila dan berhidang panjang begini, kenangan makan bersila setiap kali raya di Sungai Balang sentiasa dalam ingatan.


Lauk wajib orang pahang, gulai tempoyak.  Hari tu gulai tempoyak ikan siakap bukan ikan patin seperti selalu, tetap sedap tambah dalam tu ada belimbing buluh dan sayur kundur.


Sambal jering you all, saya baru nak berjinak-jinak makan jering yang disambal dengan terung pipit begini.  Makan ulam yang mentah tak reti lagi, takpe slow-slow kita belajar.  Sedapnya lah makan lunch hari tu, bertambah nasi tak peduli pastu bila toleh kiri kanan orang lain dah siap makan.😣😣


Lepas makan nasi, buat-buat rajin tolong orang basuh pinggan.  Pastu jumpa pula asam kundang, apa lagi jom kita mengicah buah kundang dan kedondong.  Rumah sedara buat macam rumah sendiri.  Suka pergi rumah Kak Nisa sebab cara diorang raihkan tetamu tu best, semua yang ada kat rumah layan kita walaupun ada yang baru pertama kali jumpa.  Kadang ada rumah yang kita segan nak pergi dua kali terutama situasinya yang bila kita sampai ahli keluarganya yang lain lari menyorok masuk bilik, masuk dapur, tak keluar-keluar tinggal hanya mak bapak yang melayan tetamu.  Pulaknya ada yang mak bapak kena panggil anak berulang kali nak minta sesuatu, anak pula panggil sekali tak datang.


Seterusnya rumah kedua (Mek We) di Kampung Redan, pertama kali sampai sini.  Pemandangan dari rumah kedua bertentangan dengan bukit cantik ni.  Sedang duduk rehat dibawah pokok kuini sambil puji cantiknya pemandangan, pakcik sebelah buka cerita tentang bukit tu dengan orang bunian.  Kisah benar katanya, dulu orang kampung situ bila nak buat kenduri tak cukup pinggan mangkuk, mereka pinjam pinggan mangkuk orang bunian.


Ketika kami sampai, We tinggal seorang diri di rumah, anak cucu We dah keluar beraya.  Maaflah sebenarnya tak plan nak sampai ke sini sebab ayah ingatkan We masih tinggal di Jengka dengan anaknya.  Sekali lagi buat macam rumah sendiri, buat air sendiri, kuih raya dah sedia terhidang atas meja.  Sambil tu abang-abang ligat kutip buah kuini yang berjatuhan depan rumah.


Tak habis cerita bunian, jumpa pulak pak belang dua ekor di laman rumah We.  Kalau datang seorang mau lari lintang pukang sebab patung nie dari jauh macam pak belang yang real. 


Dari rumah We, kami berpisah dengan keluarga Kak Nisa ada yang balik ke KL, balik ke Mela dan kami ke Batu Balai.  Sampai rumah sambung ceri beri lagi yang dapat daripada pagi tadi, sampai keesokan hari sampai balik KL.  Perut dah berusia agaknya sudah kurang ketahanan terima macam-macam makanan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment