Saturday 31 March 2018

Kelok 44 dan Danau Meninjau


Assalam....
Mari menyusuri perjalanan melalui kelok 44 untuk ke danau maninjau.  Sebelum sampai ke kawasan kelok tu sebenarnya dah melalui jalan berliku di kawasan bukit, jadi tiada masalah kalau dah sampai situ.  Cuma kalau di kawasan kelok tu selekohnya lebih rapat dan nampak macam bertingkat-tingkat.


Perkiraan kelok (selekoh) dimulakan pada kelok yang teratas iaitu pada kelok 44.  Jalan berliku dan selekoh tajam sangat seperti naik roller coaster, bagi yang tak biasa lalu jalan begini dinasihatkan perlu tabah boleh pening atau loya.


Sekejap saja rasa dah sampai kelok 40, 30, 20, 10 dan sampai ke pekan Maninjau.


Sepanjang jalan kelok 44, bukan saja papan tanda yang menandakan bilangan kelok tetapi ada disediakan asmaul husna.  Zikirlah boleh tenangkan jiwa yang takut dan kecut lalu selekoh.


Cantik seperti lukisan, pemandangan danau dari kelok 34.  Tambah cantik dengan keberadaan rumah tradisi minang di situ.


Makcik tu tengah menuai hasil cili di kebun teres tepi jalan.  Dah balik baru teringat apesal tak beli cili dengan makcik nie?, sel-sel otak tak berhubung kot masa tu.


Malang tak berbau, ada kecelakaan sedikit ketika melalui kelok 22 sebab kenderaan hadapan berhenti mengejut.  Supir kami yang super cool tu nampak risau dan tak ceria dengan situasi tu, kami pun kecut perut juga.  Nak minta ganti rugi, macam kecil sangat kerosakan tu, nak biarkan saja, logo toyota dah longgar.  Tapi syukur mereka selesaikan dengan cara baik takde sampai marah-marah, bertengkar atau bertumbuk kat situ.


Pekan Maninjau, di sini macam pusat sehenti ada pasar, sekolah, pejabat pos, hotel, rumah makan dan pelbagai kemudahan lagi.  Tak sampai hati nak ajak singgah sebab tengok pak supir dah tak ceria selepas kejadian tadi, jadi kami terus saja ke kampung Sungai Batang, Tanjung Raya di mana terletaknya muzium Buya Hamka.  


Kami khatam perjalanan kelok 44 pergi dan balik dengan jayanya.  Alhamdulillah tiada yang pening atau loya.  Saya sempat berseloroh, sanggup tak kalau ada awek yang tinggal tepi danau nak keluar dating, pergi jemput dan hantar balik?  Mula-mula mesti semua sanggup, pastu menyumpah tak sudah.


Ada sebuah taman iaitu Ambun Tanai sesuai untuk berehat sambil memerhatikan keindahan Danau Manijau.  Info berkenaan kawasan geopark Maninjau boleh dapat kat sini.

Daripada info tu, Danau Maninjau tu sebenarnya merupakan sebuah gunung zaman dahulu kala (puluhan ribu tahun dahulu).  Selepas beberapa letupan besar bertukar menjadi danau (puncak gunung mampat ke bawah, ikut pemahaman saya).


Subhana Allah cantiknya lukisan alam.  Rasa tak nak balik, nak duduk lama-lama kat situ menghirup udara segar.  Walaupun ketika tu waktu tengahari tapi cuaca rasa nyaman saja.


Terlalu besar nikmat penglihatan dan peluang yang Allah beri.  Dapat melihat dengan mata sendiri sekelumit kecantikan ciptaanNya ini.  Alhamdulillah.


Jom singgah di sini, unik sikit tempat ini selain boleh makan kacang tanah goreng, boleh beli apa yang patut gula merah dari tebu asli Sumut.  Hanya sempat saksikan mereka mengoreng kacang tanah dengan pasir kerana hari itu tiada penggilingan tebu guna kerbau dan proses penyediaan gula merah daripada air tebu. 


Kami sempat ngeteh dan makan bakwan goreng panas-panas di sini.  Bagi peluang pak supir berehat sekejap sebelum.


Alat pemerah air tebu, menggunakan kuasa tenaga kerbau.  Kerbau akan dipasangkan kayu pada belakangnya dan jalan berpusing mengelilingi tempat tersebut dengan untuk menggerakan mesin.  Tak dapat nak ambil gambar, hari tu kerbau off day takde bekalan tebu.


Tertarik pada tanaman hiasan ini, mereka namakan terung susu.  Ingatkan hiasan yang diletakkan pada pokok.  Ini bukan hiasan, tetapi betul punya terung hiasan (tapi bukan untuk dimakan).  Ringan sangat sebab tu tak nampak macam buah, ada bawa balik hari tu 2 biji memang tahan berbulan lamanya.


Dari kedai kacang goreng tu, kami teruskan perjalanan untuk balik ke Kota Padang.  Tapi sebelum itu, kami minta supir singgahkan di Bika Talago.
Wassalam.

1 comment: