Tuesday 13 March 2018

Congo Bar


Assalam...
Ambil masa lama nak buat congo bar nie, dah lama simpan resepi tapi tak terbuat-buat sebab kalau nak buat makan-makan seisi rumah macam tak habis-habis.  Semua bukan penggemar coklat dan kek macam ini.  So kena tunggu waktu yang sesuai baru boleh buat, kebetulan minggu lepas jiran nak buat makan-makan sempena birthday anak dia.  Ambil kesempatan untuk baking congo bar.


Congo Bar
Sumber: Azlita Masam Manis

Bahan-bahan
315gm tepung gandum
150gm butter
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3 biji telur
320gm gula perang (kurangkan jadi 250gm)
1 sudu kecil esen vanilla
250gm chocolate chips
1 cawan kacang pecan atau apa-apa jenis kekacang - optional
kepingan badam untuk taburan atas - optional



Cara Penyediaannya
*  Ayak tepung bersama baking powder dan garam.
*  Dalam bekas lain campurkan gula dan butter, kacau hingga butter melarut (saya ngelat guna mixer).
*  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
*  Masukkan esn vanilla.
*  Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau rata guna spatula.  Akhir sekali masukkan chocolate chips, kekacang dan gaul sempurna.
*  Tuang kan adunan ke dalam tin pembakar ukuran 13 x 9 yang telah digris dengan butter dan dialas dengan kertas minyak.
*  Ratakan adunan dan taburkan badam dan cholote chips jika suka.
*  Bakar pada suhu 170 'C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnya kuning keemasan.  Jangan terlebih bakar.



Alhamdulillah sedap aje pada lidah kanak-kanak riang tu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment