Tuesday 13 March 2018

Puding Lapis Marie Regal


Assalam... 
Pening saya mencari maksud kata 'regal' tu dalam bahasa melayu, macam tak pernah jumpa atau saya yang tak perasan.  Begitulah jika tahap penguasaan  bahasa kurang mencapai level tertinggi pulaknya mengamalkan bahasa bercampur-campur macam rojak.  Tiada istilah dalam bahasa melayu tetapi daripada istilah Inggeris yang membawa maksud gaya raja, agung atau kedudukan tertinggi.  Jadi pemahaman saya sendiri kalau nak diterjemahkan ke dalam nama pudding, agaknya sebab banyak step sangat dalam penyediaannya.  Apa-apapun tak mengecewakan hasilnya jika ada kesabaran dan tertib membuatnya.  



Puding Lapis Marie Regal
Sumber: Ig Mbaiyya


Bahan Lapis 1 (Marie)
1 paket Biskut Marie
2 sudu teh serbuk agar-agar
600ml air
6 sudu makan gula pasir

Bahan Lapis 2 
7 sudu makan gula pasir
600ml susu cair
2 sudu teh serbuk agar-agar
2 biji kuning telur 
2 sudu makan butter

Bahan Lapis 3
9 sudu makan gula pasir
750ml susu cair
3 sudu teh serbuk agar-agar 
3 sudu makan serbuk koko (larutkan dengan 50ml air panas)
2 biji kuning telur


Cara Penyediaan Lapisan 1
* Basahkan loyang ukuran 24cm dan tak perlu lap di dalammya.
*  Susun biskut marie didasar loyang (ikut kreativiti sendiri).
*  Masak agar-gar, gula pasir dan air hingga mendidih.
*  Angkat dan kacau hingga suam lalu tuang perlahan ke atas biskut marie.
*  Letakkan acuan ke dalam talam berisi air supaya lapisan marie cepat sejuk.


Cara Penyediaan Lapisan 2
* Kacau kuning telur dan campur sedikit dengan susu cair. 
*  Masak agar-agar bersama susu cair dan gula pasir hingga mendidih.
*  Masukkan kuning telur sambil kacau cepat-cepat adunan hingga mendidih.  Angkat.
*  Tambahkan butter dan kacau hingga larut.
*  Tuang perlahan ke atas adunan biskut marie yang telah set tadi. 


Cara Penyediaan Lapisan 3
*  Masak aga-agar bersama susu cair, larutan serbuk koko dan gula pasir hingga mendidih.
* Kacau kuning telur dan campur sedikit dengan susu cair.
Masukkan kuning telur sambil kacau cepat-cepat adunan hingga mendidih.  Angkat.
*  Tuangkan adunan ke atas lapisan ke-2 tadi.
*  Letakkan di dalam suhu bilik kemudian sejukkan di dalam peti sejuk hingga set.
*  Bila dah sejuk dan betul-betul set, terbalikkan puding, potong dan hidangkan. 



Memang nyaman menikmati puding semasa minum petang dalam cuaca panas begini.  Tak sedar dah berpotong-potong masuk ke dalam mulut.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment