Assalam...
Beberapa hari ini sepupu dan anak sedara minta saya tolong belikan tiket kapal terbang untuk balik kampung. Bersilih ganti mereka ini balik kampung, tukang beli tu yang tak balik-balik. Ini transaksi pertama kali selepas hari gst. Sebelum hari gst tu hari dah book yang hujung tahun untuk sendiri punya dengan sepupu yang lain. Jadi entri ini sebagai panduan untuk melihat pada step mana gst 6% dikenakan untuk penerbangan domestik.
Ini contoh harga promosi rm119.01 penerbangan antara Kuala Lumpur ke Tawau pada 22 Mei 2015. Gst rm6.74 dikenakan daripada jumlah rm112.27 harga tiket, yang mana telah dimasukkan sekali jumlah itu ke dalam harga promo.
Mari kita lihat sekiranya kita buat tambahan aksessori pada tiket perjalanan kita. Pilih nak bagasi 15kg, gstnya rm1.50. Pilih nak makan nasi tomato di atas awan, gstnya rm0.72 dan nak merasa keselesaan dengan comfort kit, gstnya rm1.74.
Jika memilih untuk membeli insurans perlindungan, nilai gstnya rm0.54.
Gst turut dikenakan pada harga check-in di kaunter rm0.60, skybus rm0.50 atau perkhidmatan sewa kereta.
Sekiranya hendak memilih tempat duduk, gst mengikut standard tempat duduk pilihan. Makin mahal harga tempat duduk makin tinggi lah nilai gstnya. Charge gst daripada rm0.36 hingga rm1.80.
Sekarang kita pergi step terakhir, iaitu step pembayaran. Ada 4 kaedah bayaran boleh dilakukan, tapi saya nak tunjukkan 2 kaedah sahaja kerana 2 jenis ini yang kerap saya gunakan. Kalau memilih internet banking gst dikenakan pada processing fee sebanyak rm0.24 daripada harga rm4.00.
Jika memilih untuk membuat bayaran dengan kad kredit atau debit card, gstnya sebanyak rm0.48 daripada rm8.00.
Berikut adalah jumlah kos tambahan yang perlu saya sediakan sekiranya hendak balik kampung dengan tambahan perkhidmatan seperti yang saya kehendaki, boleh pilih option gst yang mahal atau gst murah.
a. Tiket + bagasi 15kg + makan + comport kit + insuran + check-in + bus + tempat duduk + internet banking = gst rm12.94.
b. Tiket + bagasi 15kg + makan + insuran + bus + internet banking = gst rm10.24.
c. Tiket + internet banking = gst rm6.98.
Untuk penerbangan antarabangsa, jumlah gst akan bertambah sebagaimana harga setiap perkhidmatan adalah lebih mahal daripada harga penerbangan domestik. Kaedah pengiraan gst ini juga adalah tidak sama dengan syarikat penerbangan yang lain. Baru teringat booking kami yang hujung tahun semua hanya beli tiket sahaja, bagasi dan benda-benda sewaktu dengannya tak beli lagi. Melepas nak enjoy harga murah alasan boleh beli kemudian yang penting tiket kena dapatkan dulu. Sekarang kena sediakan tambahan duit lagi.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment