Friday, 3 April 2015

Makan di Seri Kenigau tapi Di Meru.

Assalam...
Bila tengok pada namanya mengingatkan satu daerah di pedalaman Sabah iaitu Keningau yang terasa dekat dihati.  Memori semasa kecil selalu berkunjung ke sini untuk melawat keluarga pakcik yang menetap di sana.  Agak lama tidak menginjakkan kaki ke daerah itu, rinduku pada arwah pakcik juga bertandang.  Semoga arwah tenang dipersemadian adabinya di sana.
Satu tempat lagi yang terkesan dalam ingatan dan punyai kaitan dengan restoran ini iaitu Sembulan, Kota Kinabalu.  Semasa duduk di rumah sedara di Sembulan inilah saya kenal dengan restoran Seri Keningau.  Petang-petang saya dengan anak tuan rumah akan datang cari makan di sini dan santapan yang kami selalu makan adalah soto dan kuih cakoi.  Sungguh mengamit memori segala yang berkaitan dengan Kenigau dan Sembulan serta jiwa-jiwa yang pernah memberikan kasih sayang dan cinta.  Ok balik pada cerita asal, yang ini kami singgah untuk makan tengahari di restoran Seri Kenigau yang terletak di Meru.
Pelbagai jenis lauk pauk yang dihidangkan, boleh rambang mata nak pilih lauk.  Duk ukur ke kiri ke kanan, hujung ke hujung...last ambik sambal jer yang meriah.
Seperti tempat lain, ikan bakar menjadi daya tarikan pelanggan untuk makan tengah hari.
Santapan kami ketika makan tengahari pada hari ahad itu.  Simple jenis tak reti makan banyak lauk.
Gambar pemilik rangkaian Restoran Sri keningau di Sabah dan Lembah Klang.
Ada perkhidmatan katering jugak, siapa-siapa nak call je nombor tu.
Wakaf ini adalah surau untuk pelanggan dan staff Seri Kenigau.
Untuk mendapat kepastian, saya tanyakan kepada adik cashier tentang restoran ini samada ianya sama dengan yang ada di Sabah.  Dan dugaanku benar belaka. 
Hasrat untuk menjejaki bumi Sembulan dan Kenigau berkobar-kobar untuk bertemu mereka yang masih ada di sana.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment