Assalam...
Gigih pepagi ketika hari cuti untuk mengerjakan ubi kayu, kupas kulit dan parut ubi. Sudah beberapa kali percubaan untuk membuat lepat ubi ini, ssetiap kali orang ke pasar kirim beli ubi kayu, tapi sedihnya hasil yang dirancang yang jadi benda lain. Jadi inilah dipersembahkan lepat ubi kayu limited editionku.....
Guna gula kabung yang dibungkus daun kayu, kayu jenis apa tak tahu, jauh datangnya ini dan diproses secara tradisional.
Kalau tak suka gula merah, boleh tukar dengan gula pasir. Seeloknya gula merah kena racik halus agar sekata dengan adunan ubi.
Saya gaul lebih kurang je, style orang malas.
Lebih kuranglah isi dalam setiap bungkusan, sila sesuaikan mengikut saiz daun pisang yang ada.
Abaikan size bungkusan, pendek ada, panjang ada, kurus dan gemuk pun ada.
Lepat Ubi Kayu
Sumber: Mulia
Bahannya
Ubi kayu - parut
Kelapa parut putih
Gula merah / pasir
Sedikit garam
Daun pisang sebagai pembungkus
Penyediaannya.
* Satukan semua bahan kecuali daun pisang di dalam bekas. Gaul rata kesemuanya hingga sebati.
* Sudukan adunan atas daun pisang yang telah disediakan terlebih dahulu.
* Bungkus dan lipat kedua-dua hujung daun pisang.
* Kukus hingga masak atau daun pisang pembungkus itu bertukar warna.
* Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
Ketika makan tu, liat-liat rasanya dan terasa manis gula sana sini, tak sekata dek kerana gaul tak berapa nak mesra kan. Makan liat-liat tu rasa adventure macam buat senaman muka dan teringat kat lepat liat pula. Nantilah bila nak buat kita tanya pakcik google macamana cara-cara buat lepat liat tu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment