Assalam...
Masakan dari dapur en.abang, kadang saya boleh layan kadang tak boleh nak terima. Dia gemar makan kari, dah rupa gaya mamak boleh hirup-hirup kuah kari gitu. Kalau hati dah suka, semua benda nak dikarikan, tengok ajelah menu kari telur berpetai dia ini.
Kari Telur Berpetai
Sumber: Abe Nas
Bahannya
5 biji telur
Sedikit isi petai / petai papan
2 biji ubi kentang - dadu
1 biji bawang holland - hiris
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kari
2 sudu serbuk kari campur sedikit air untuk buat paste.
1/2 sudu cili boh
2 cawan air
Secukupnya garam dan gula
Minyak masak
Penyediaannya
* Rebus telur dan bersihkan dari kulit. Jika rajin boleh goreng sekejap.
* Tumiskan hirisan bawang putih, merah hingga layu. Masukkan cili boh, tumis lagi hingga garing.
* Masukkan kari paste, dan masukkan sedikit air, tumis dengan api perlahan hingga kari masak.
* Masukkan air kalau nak kuah cair boleh tambah. Masukkan ubi kentang, bawang holland.
* Bila ubi dah empuk, masukkan telur dan petai.
* Perasakan dengan garam, gula dan perasa pilihan.
Masa makan saya cuma kutip petai, kentang dan telur saja, kuah kari nehi, nehi, nehi babooji.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment