Monday, 1 September 2014

Warna Warni Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57

Assalam...
Rasanya ini baru kali ke-2 saya menghadirkan diri untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan dengan yang pertama dulu di Pulau Pinang, tak ingat tahun tapi sehari sebelum penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Selalu pada hari cuti memang banyak agenda cuti-cuti ataupun kalau tak ke mana hanya saksikan di hadapan TV.  Takpelah kalau orang nak anggap kurang semangat nasionalisme terhadap negara kalau tak pergi berarak atau bersesak-sesak di dataran.  Sebab masing-masing ada cara tersendiri bagaimana untuk mengzahirkan rasa cinta terhadap negaranya.
Idea last minute ngan kawan saya, en.Abe tak ikut sebab bekerja dan kami sampai agak lewat pagi itu.  Dah berlapis-lapis manusia ditepi jalan tu, jangan harap nak dapat pot cantik nak tengok pertunjukkan dan ambil gambar, yang nampak jelas hanya belakang orang.  Jadi pengajarannya lain kali datang sini sebelum solat subuh, baru boleh cop-cop tempat cantik sebab awak tu bukan isteri atau suami bapak-bapak atau ibu-ibu menteri atau duta.
Siapa yang tiada bendera, boleh dapatkan di sini secara percuma...ambil lah banyak mana pun, sebab saya tengok ada yang angkut berkoyan-koyan.  Air mineral pun turut diagihkan secara percuma kepada pengunjung.
Edisi khas Proton Perdana yang dijadikan kenderaan rasmi oleh bapak-bapak dan ibu-ibu menteri kabinet diparkir disepanjang Jalan Tun Perak.
Pelbagai cara untuk mengabadikan kenangan hari merdeka ke-57.
Antara pasukan unit beruniform  yang menyertai perarakan hari kebangsaan.







 Singh Merdeka.

Tuan ambassador Thailand yang sangat suka ambil gambar.
Lintas hormat dari Udara oleh pasukan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Megah berkibar Jalur Gemilang pada tiang yang mempunyai ketinggian 100 meter.
 Anak-anak merdeka...
Pelbagai cara mereka mengzahirkan rasa kemerdekaan seperti melalui art face.
Dengan banyaran RM5.00 sahaja.


Pak Polis yang bertugas menghalau mereka yang asyik termasuk dalam garisan.
Bangunan-bangunan sekitar Dataran Merdeka yang turut  berhiaskan Jalur Gemilang, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 Bangunan Bank Rakyat.
 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
 Bank Negara.
Bangunan Ibu Pejabat baru Jabatan Kerja Raya (JKR)
Dan yang utama bangunan Sultan Abdul Samat
 Perpustakaan Kuala Lumpur.
Bagi yang rasa kurang semangat bila tidak datang ke tempat seperti ini, sila teruskan tradisi anda dan sematkan semangat patriotisme terhadap negara pada setiap generasi anda.
Bagi saya, di manapun saya berpijak, menyaksikan ataupun mendengar tentang semangat nasionalisma dan patriotisma, semangat dan auranya tetap besar dan meluap-luap yang dapat merindingkan bulu roma.  Nikmat merdeka hanya akan terus dikecapi dengan adanya usaha yang berterusan untuk memerdeka dan membebaskan diri dari sifat dan sikap negatif dalam diri.  Merdekakan diri anda seumpama "Merdeka sampai kebulu-bulunya" seperti ungkapan sasterawan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment