Assalam.....
Lepas percubaan pertama kali gagal, tak putus asa untuk berusaha. Buat appoinment lagi, kitaran haid hari ke-4 (cd4) kena datang jumpa doktor. Doktor advise untuk terus proceed to IUI. Doktor kata kalau di hospital swasta dengan umur macam saya ini, doktor mesti terus suruh buat IVF (bayi tabung). So ikut saja advice doktor, sebab dia yang lebih tahu.
So kali ini dibekalkan dengan clomid untuk 5 hari start ambik malam ini, kemudian injection foluciculin sebanyak 4 set, kali ini disarankan ambik dose 150iu, injection selang sehari start malam esok selepas telan clamid. Saya pilih ambik sebelah malam sebab masa tu tenang sikit, waktu pagi-pagi selalu rushing, takut terlupa dan melencong waktunya nanti.
Temujanji akan datang pada minggu depan hari Jumaat untuk scan telur. Jika telur okey, saiz cukup besar, dan kuantiti cukup (minimum 3 pcs), IUI akan dibuat pada hari Isnin minggu satu lagi. Ketika procedure IUI nanti, En.suami kena hadir untuk keluarkan sperm macam procedure pertama kali dulu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment