Assalam...
Kesempatan balik kampung selepas raya hari itu, sangat best dan bermakna sebab dapat berjumpa dengan ramai saudara mara jauh dekat. Lepas kenduri anak sepupu hari itu, kami berkumpul ramai-ramai di rumah bapak saya pulak. Bila dah berkumpul ramai-ramai mesti adalah orang request nak makan itu ini (sayalah tu). Mereka, kakak sepupu/anak sedara pun rajin melayan tekakku ini. Menu2 orang kampung jer seperti kapurung (ambuyat), barobbok ataupun sanggara peppe' (Janda).
Setahu saya namanya tu datang dari cara penyediaannya peppe' tu maksud ketuk. Tapi ada juga yang menggelarnya sebagai sanggara janda. Gelaran janda tu dari mana saya kurang pasti, mungkin sebab kena goreng semula atau lebih dari sekali.
En. Abe yang pertama kali mengadap benda ini pun puji, sedap katanya. Siap blame saya tak pernah buat untuk dia. Bukan tak nak buat, disini susah nak cari pisang yang dikehendaki dah lah jarang ke pasar. Pernah 2 kali jumpa dan beli pisang yang betul, bila dah sampai rumah bukan boleh terus buat, banyak jer agenda lain yang perlu didahulukan. Simpan punya simpan, pisang dah masak dan lembek. Hanya sesuai untuk pengat atau cekodok.
Pisang yang telah digoreng separuh masak.
Ketuk perlahan-lahan dengan alu lesung, jangan sampai pisang hancur.
Beginilah bentuknya setelah dipenyek dengan batu lesung.
Goreng untuk sekali lagi hingga garing.Sejat minyak lebihan guna kitchen towel. Hidangan bersama sambal tomato atau sambal tumis.
Saya lebih suka makan dengan sambal tomato sebab buat fresh dan tidak berminyak.
Ready untuk di santap ketika sarapan, minum pagi atau minum petang...
kalau ikut saya yang kemaruk nak makan benda ini, waktu supper pun boleh layan...
Nak jugak ke resepi? makanan orang kampung je ni.
Sanggara Peppe' / Sanggara Janda
Sumber: Kak Hamsia
Ramuan
1 sikat pisang abu / pisang nipah yang tua tapi tak masak lagi. Guna yang fresh tebang dari pokok dan belum diperam lagi bagus.
Minyak - untuk menggoreng
Cara Penyediaan
1. Bersihkan dan kupas pisang. Selalu pisang itu basuh dulu, lepas kupas tak perlu basuh dah.
2. Goreng pisang bulat-bulat hingga separuh masak.
3. Ketuk menggunakan alu lesung / benda berat perlahan-lahan untuk meleperkan pisang tersebut tapi jangan sampai hancur dan terpisah.
4. Goreng sekali lagi hingga masak atau sehingga garing.
5. Angkat dan hidang. Gandingan yang sempurna bersama sambal tomato atau sambal tumis.
Wassalam..