Sunday 28 September 2014

Penempatan Nuri Baru, Makassar.

Assalam...
Sekarang bandar-bandar di negara kita boleh dikatakan bersih daripada penempatan setinggan hasil daripada pembangunan semula kawasan bandar.  Kalau diimbas kembali 15 ke 20 tahun dahulu, keadaan setinggan masih menjadi isu dan membelenggu di bandaraya Kuala Lumpur seperti kawasan Kerinchi dan Abdullah Hukum.  Nak tahu setinggan wujud bagiamana bolehlah minta tolong pakcik google.  Wujud akibat penghijrahan penduduk yang kurang berdaya saing dari segi pendapatan untuk mendiami unit-unit perumahan terancang di dalam bandar.  Terdapat juga penempatan yang merupakan kampung asal bagi penduduk yang mendiami kawasan itu sejak berdekad lalu dan terletak di dalam kawasan bandar.  
Ini salah satu kawasan petempatan yang bekepadatan tinggi. Terletak di tengah-tengah bandar Makassar.  Yang Jakarta punya lagi dasyat dari ini.
Bahan binaan bangunan daripada bahan kekal batu dan konkrit dan separa kekal kayu, plastik, kotak dan zink. Atap bagunan pula rata-rata menggunakan atap zink.
Julat perbezaan pendapatan amat ketara dan boleh disaksikan melalui bentuk rumah yang mereka miliki.  Bagi yang bekemampuan boleh mendirikan bangunan mereka bertingkat-tingat.  Sementara yang kurang mampu kekal dengan rumah yang rendah.
Kanak-kanak sekolah rendah.
Salah satu kedai runcit yang ada.
Lorong sempit ini menjadi laluan utama untuk ke unit-unit rumah yang terletak jauh ke dalam.  Orang comey-momey susah nak lalu, nasiblah orang-orang sini jarang yang terlebih obes.
Piring parabola memang banyak, setakat besar cam piring astro tu, orang sini tak pandang takde kelas agaknya.
Ini pemandangan biasa bagi kawasan setinggan.
Sungai keruh, lesuh yang tengah parah dan senak, menjadi laluan bot-bot kecil dan menerima sampah sarap penduduk.
Dalam masa kurang sejam, duduk sambil memerhati ke arah sungai tersebut.  Lebih 10 orang yang menghampiri sungai untuk membuang sampah mereka, ada bot dan sampan yang lalu.
Tidak jauh dari sini tersegam indah Trans Studio, indoor theme park terbesar.
Dalam lingkungan kurang satu kilometer, terlalu banyak bangunan masjid dan menara yang pelbagai bentuk.
Then bila masuk waktu solat memang bersahut-sahutan bunyi azan dari masjid-masjid ini.  Kebanyakkan masjid dibina hasil sumbangan orang ramai dan NGO.
Kebanyakkan penduduk yang tinggal di sini merupakan pemilik-pemilik bangunan rumah ataupun penyewa.  Ramai jugak yang membina rumah yang dilengkapi dengan banyak bilik untuk disewakan.
Menurut sumber yang diperolehi status penempatan mereka di sini, di kira sebagai rasmi kerana mereka membayar sejumlah wang  tahunan kepada pihak berkuasa dan setiap bangunan yang mereka dirikan mempunyai sijil (certifikat).  Kalau di sini lebih kurang sistem tol atau LM (lesen memduduki sementara) bagi mereka yang mendiami tanah rizab kerajaan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment