Monday, 29 September 2014

TTC Journey 13: IUI (Permadian Berhadas)

Assalam...
Alhamdulillah pagi tadi dah selesai IUI dengan Doktor Komathy.  Temujanji jam 7.30 pagi tapi kami sampai LPKKN jam 8.15am sebab jem teruk di Sprint Highway.  So kira saya lah yang last pagi itu buat IUI, yang datang awal dah lepas.  Semoga pilihan kaedah ini dapat menjadikan mimpi-mimpi kami suami isteri menjati kenyataan.  In Sha Allah.  Ini first IUI yang saya lalui, tapi ini dah kira percubaan kali kedua kami untuk merialisasikan mimpi-mimpi kami.  Semoga dipermudah dan diperkenankan Allah SWT.  Kami hanya mampu berusaha dan tawakkal saja, yang selebihnya adalah kehendak dan perencanaanNYA.

Proses sebelum IUI, kena datang awal jam 7.30 di LKPPN daftar, buat bayaran dan naik tingkat 7 husband and wife.  Tapi sebelum itu nurse dah terangkan pada hari berkenaan dinasihatkan pakai pakaian yang sesuai dan mudah, kebersihkan di kawasan ms V (cuci bersih, trim mana yang perlu) & jangan memakai sebarang make up, minyak wangi, deodoran, barangan kemas dan sebagainya yang dikuatiri akan memberi efek pada kualiti sperma nanti.

Masa proses, en.suami kena naik tingkat 7 dulu tuk keluarkan sperm.  Dia mesej tanya yang buat IUI doktor lelaki atau perempuan?.  Saya dah cuak dah, lepas tu saya confirmed dengan nurse sapa yang buat, doktor lain ker atau doktor yang selalu saya jumpa.  Lega bila nurse bagi tahu doktor yang akan buat adalah doktor yang handle kes kita.  Kalau ada sebarang pertukaran akan dimaklumkan.  En. Hubby risau sangat jika yang handle tu doktor lelaki, mungkin awal pagi tadi doktor lelaki yang buat untuk kes orang lain.

Lepas en.suami settle, kami pergi sarapan dulu lepas tu naik tingkat 7 semula untuk IUI, masa menunggu berdebar jugak, perut dah lain macam, senak pun ada cam nak terkucil jer.  Pergi tandas dulu ler settle ape yang patut.  Masuk semula, en.suami kata nama dah kena panggil.  Terus je saya masuk bilik yang macam wad, ada beberapa katil di situ.  Ada 2 nusrse perempuan dan seorang lelaki tak tahu jawatan dia.  Nurse perempuan tu yang handle, suruh baring dan letak kaki macamana.  Sementara lelaki itu, interkom doktor bagi tahu dah standby.

Doktor datang terus jer buat procedure IUI,  baik jer bagi arahan, buka kaki, nak cuci dan nak masuk alat.  Doktor kata try nak cari jalan, memang akan rasa sengal dan sakit sikit.  Pintu rahim ketat sebab itu sakit sikit masa doktor nak cari jalan.  Nurse berdua tu baik jer, suruh rileks, ingatkan untuk baca doa, selawat semua.  paling sweet tu cakap puan rileks ye, fikir nak dapat anak jer, tarik nafas hembus, rileks, tahan sikit.

Terus terang saya cakap kesakitannya sama macam proses HSG hari itu.  Tapi IUI takde kesan sakit melampau selepas itu.   Lepas dah sudah, doktor bagi rehat sambil baring rapatkan kaki dan kepit-kepit punggung kira-kira 30 minit.  Nurse tu tanya sama ada saya dan en.suami nak medical leave (mc) atau tidak.  Tidak perlu sebab kami memang dah ambil cuti untuk hari itu.  So balik tu just lepak-lepak dan rehat kat umah.  Doakan saya ye boleh dapat zuriat...Amin Ya Rabbal Al-Amin....
Wassalam.

No comments:

Post a Comment