Assalam...
Ramai yang kata dah insaf tak nak makan di sini mungkin sebab cerita-cerita sensasi pasal resto ini suatu ketika dulu. Sumandak kawan saya ini pun, bila sebut nama Insaf....
"Oh ya resto yang itu ker? dengar mahal sangat" Jom lah masuk kalau nak tahu sedap tak sedap mahal tak mahal. Kebetulan pulak perut tengah berkeroncong balik dari dataran menyaksikan acara sambutan kemerdekaan. Time yang sesuai sangat nak makan tapi bukan time yang sesuai bagi saya, sebab apa nanti cite..
Dah lama sebenarnya saya tak makan di sini, bukan insaf pasal tu tidak, tetapi saya kurang sedikit nak makan makanan berempah. Saya order beriyani ayam goreng.
Sumandak pilih beriyani ayam madu.
Turut disertakan kuah dhall dan acar timun. Dhall tiada seorang antara kami yang sentuh, acar tu jer kami makan.
Signature drink di Insaf....Jus mangga daripada puree mangga Pakistan / India. Harga satu gelas tu RM5.00. Kalau masuk sini harus pekena yang ini.
Sedap sedut jus tu sampai habis. At last nasi tak terabis sebab kenyang minum jus. Dalam keadaan letih dan panas, syoknya dapat minum jus mangga ini satu nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Dan pertama kalinya sumandak kalahkan saya makan, dia boleh makan nasi beriyani dia sampai licin. Saya makan separuh jer, gagahkan jugak cuit ayam goreng sampai habis.
Resto ini takde buku menu yang akan diberi pada pelanggan, tapi mereka boleh rujuk senarai kat dinding ini. Menu utama dah tentulah beriyani, anne-anne tu dah hafal ayam goreng, kambing, daging, madu. Silalah rujuk harga yang disediakan.
Keluarga ini pun dari dataran jugak seperti kami.
Mangga ini dijual kepada pelanggan. Kalau nak rasa mangga pakistan itu macamana, cubalah harga RM18.00 sekilo. Memang sedap dan wangi tak sama rasa dengan mangga yang dari Thailand punya.
Bil kami termasuk satu beriyani ayam madu bungkus, bekalan untuk si penjaga rumah. You all rasa mahal ke tidak?
Sumandak kata, beriyani sini sedap jugak tapi....eh sumandak ini bertapi-tapi pulak....
"Beriyani mak Som buat kenapa tak sama, rasa dan jugak appearance"..
Iyelah itu beriyani gam Johor style...ini mamak style memang ada beza. Tengok warna pun dah tahu. Bagi saya beriyani kat Insaf ini memang antara yang terbaik, tapi kerana keletihan saya tak boleh nak habiskan beriyani saya. Satu penyakit saya ini tak boleh makan time penat, letih baru balik berjalan ke ape. Kena tunggu tenang, rest dulu, badan dah sejuk baru boleh makan. Kalau kalut-kalut camtulah jadinya, tak dapat nak menikmati makanan, rasa makan tak puas, kenyang tak kenyang jer rasa.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment