Monday, 5 May 2014

TBS - Terminal Bersepadu Selatan

Assalam...
Selalu datang ke sini menggunakan perkhidmatan LRT, Komuter, Teksi atau ERL untuk menggelakkan terkandas di dalam kesesakan lalulintas.  Terjahan kali ini dibuat ketika menjemput sahabat saya yang datang dari Johor Bahru, nasib baiklah sampai dini hari boleh kami jemput dia dengan kereta.  
Dah berkurun dah terminal dibuka, juga ini bukan pertama kali ke sini, tetapi ini baru pertama kali saya nak cerita tentangnya.  Pada yang dah ingat-ingat lupa, ini adalah terminal bas ekspress yang menguruskan semua perjalanan penumpang menghala ke selatan tanah air.  Kalau dulu biasa naik bas dari Puduraya, kini semuanya diuruskan di sinilah.  Tempat yang besar, selesa, moden, canggih dan lengkap kemudahan.  Itulah gambaran yang tepat.
Kami sengaja keluar awal dari rumah sebab takut tersesat (faham ajelah jalan ke sini berselirat sangat dan entah berapa kali tawaf untuk sampai ke bangunan terminal).  So kami  putuskan lebih elok menunggu di sini dan kalau rasa mengantuk, tidur ajelah dalam kereta.
Kami sampai sini lebih kurang jam 1.00 pagi dan bas ekspress yang dinaiki oleh sahabat saya sampai jam 2.00 pagi.  Untuk mengelakkan dari rasa ngantuk, saya terjah kawasan terminal dulu sementara en.Abe menunggu dalam kereta.
Inilah platform yang menguruskan ketibaan penumpang dari selatan tanah air.
Kelihatan sebuah bas ekspress sedang menurunkan penumpang.  Bukan bas yang sabahat saya naiki.
Ruang menunggu yang luas, bagi yang nak rasa manjakan diri dan diberi layanan lebih boleh pilih menunggu di Executive Lounge.
Sesuai dengan konsep sebagai hub penyedia perkhidmatan pengangkutan bersepadu, perjalanan ke sini menjadi lebih mudah kerana terdapat banyak pilihan mode pengangkutan yang boleh dipilih oleh pengguna dengan kadar kos yang minima.  Perkhidmatan LRT, Komuter, ERL, Bas henti-henti, Bas perantara bandar, Bas Ekspress, Shuttle bas dan Teksi tersedia di sini.
Pandangan ke arah stesen ERL
Sky bridge (betul ker nama ini) yang menghubungkan bangunan terminal ke stesen komuter, ERL dan LRT.
Suasana jalan yang lenggang ketika dini hari.
Jalan yang terlalu sibuk sepanjang waktu siang dan awal malam, Waktu-waktu sebegini seakan berehat daripada menerima pengunjung.
Billboard untuk jadual berlepas dan ketibaan bas ekspress.
Deretan kaunter tiket..
Kaunter tiket tambahan yang terletak di sebelah belakang.
Lobi pelepasan penumpang untuk menaiki bas masing-masing.
Pegawai yang bertugas untuk pengesahan tiket bas penumpang akan bersedia di setiap kaunter lobi pelepasan.
Mesin untuk e-ticket turut disediakan untuk kemudahan penumpang membeli tiket bas.
Terdapat banyak convenient store di dalam bangunan TBS yang menjalankan operasinya 24 jam.
Yang ini pun sama.
Yang cafe dan restorannya hanya beroperasi hingga jam 10 malam, waktu saya merayau-rayau ini dah dekat 2 pagi.
Ada hotel yang menyediakan tempat penginapan  kepada mereka yang nak berehat dengan lebih selesa ketika transit di TBS ini.  Harga untuk menginap kira hari (RM70 per hari) atau jam (RM15 per jam).  Turut disediakan perkhidmatan penyimpanan bagasi dan sewa laptop.
Pondok polis pun ada, bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan pengunjung semua.
Kaunter informasi @ kaunter pertanyaan?....
Di mana-mana anda boleh menghulurkan sumbangan pada mereka yang lebih memerlukan.
Kemudahan ini amat perlu dan mari bersama-sama kita menjaga kebersihan ya.
Sahabat yang ditunggu, terpaksa pula menunggu kami yang tak sudah buat discovery pasal TBS ini.
Dengan mata yang tak larat, pujuk-pujuk budak ini jadi model.  Dia nak...dah tak susah macam dulu bila suruh ambik gambar.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment