Friday, 9 May 2014

Dari Dapur Orang tak Pandai Masak

Assalam...
Mari menjamu mata tengok menu dari dapur orang yang tak pandai masak.  Ingat orang berselera ke bila dapat tengok?  Tak kisahlah yang penting dah habis pun semua tu dan kami berdua cukup berselera bila tengok makanan.  Begitulah kalau orang terlalu mesra makan.  En.Abe cakap tak kisah, lagi pun dia dah jemu tiap-tiap hari ngadap makanan sedap2 tahap dewa, yang penting halal dan disediakan dengan kasih sayang.  Cewahh ayat tak boleh tahan....
Sekarang en.Abe nak puasa dari makan ayam, so sup tulang ayam ini saya sorang je yang hirup dan ngap.  Berapa hari pulak diperuntukkan untuk menghabiskannya.  Ikan goreng tu je yang dimakannya bersama sambal tomato.
Sambal tomato, ini mengikut citarasa saya kenalah fair and square tapi kalau malas sangat layan budu dan tempoyak saja.
Itu jer? Lauknya simple sangat, tengoklah sapa masak.  Tukang masak tak reti makan lauk banyak-banyak yang penuh meja.  Kalau disajikan dengan lauk banyak pun akan ambil satu dua je yang penting ada sumber protien, kabo dan sayur, then kalau nak merasa semua jenis lauk, lambatlah masa santapnya sebab akan makan satu-satu, tak suka makan lauk banyak serentak...jadi kenalah bersabar yek.  Masih tertanya-tanya macamana orang boleh makan lauk pauk yang sungguh pelbagai dalam satu masa?  Ada ikan sweet sour, kari ayam, rendang daging, sambal sotong, ayam goreng, sup tulang, telur dadar, itu tak termasuk ikan masin, ulam dan sambal.  Jadi betul kot ungkapan "You are what you eat" tapi ungkapan saya - masakkanmu menunjukkan kamu seorang yang pemalas atau rajin..kikikiki.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment