Monday 5 May 2014

Kiriman Biji Benih Oleh Kebun Bahagia Bersama..

Assalam...
Sememangnya di sebabkan hasil kerja beranganku punya halaman yang dipenuhi tumbuhan, maka dengan suka hatinya aku mengikuti giveaway suka-suka yang dianjurkan oleh Kebun Bahagia Bersama.  Namun kiriman itu terperuk lama di mel pos kerana ketika mr posmen menghantar kiriman, tiada siapa dirumah untuk terima.  Kesilapan pertama sebab tak beri alamat tempat kerja.  Dan kesilapan kedua tidak membuat panggilan ke pusat mel pos untuk meminta mereka menghantarnya ke rumah ketika kami ada atau ke tempat kerja.  Mereka ada perkhidmatan seperti ini dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Biji-biji benih sudah selamat sampai ke Pulai Indah Johor untuk disemai oleh sahabatku yang mempunyai perkarangan.  Semoga berhasil dan nanti bolehlah ditunjukkan gambarnya.
Nampaknya batang dan 3 jenis tumbuhan segar yang dikirimkan seperti tidak dapat diselamatkan iaitu kidney leaf, spider lily dan hipeastrum.  Sekarang masih berada dalam bekas lembab untuk menstabilkan akar.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment