Tuesday 27 May 2014

Coto Makassar di Sentral Pekkabata, Polman

Assalam...
Saya tak tahu nama kedai ape, sebab tak nampak papan tanda ketika dalam pencarian tadi.  Hanya ada perkataan Coto Makassar di luar kedai dan dalam kedai.  Pada mulanya kami ingatkan kedai tutup dan mula bergerak ke kedai lain di seberang jalan sana.  Rupanya pencarian kami di deretan kedai yang tak betul, al-maklum hanya berdasarkan maklumat orang yang selalu pergi tetapi tidak dapat ikut sebab kurang sihat.  Nak makan coto luar daripada Makassar sebab siapkan perut untuk menu lain di Makassar nanti.
Kedai ini bukan terletak di kota Makassar pun, jauh sebenarnya.  Namun bila sebut coto makassar sudah terbayang makanan itu bagaimana, walaupun dijual oleh peniaga di Sabah.  Macam bila orang sebut "Kepok Losong" Terengganu, di Selangor pun dah ada orang buat.
Saya rasa kedai ini semata-mata hanya menjual coto makassar.  Menu lain tak nampak, orang yang masuk pun semua makan coto.  Kami pun pesan 3 mangkuk coto untuk kami bertiga dengan seorang...
Budak pesek, mata bulat.
Ketupat nasi kelongsong daun kelapa disediakan dalam pinggan pada setiap meja.  Seseiapa yang nak makan bersama coto bolehlah nak makan seberapa banyak yang mereka suka.  Bayaran tambahan mengikut kuantiti yang kita dah makan.
Perkara biasa ada pada setiap meja makan mana-mana kedai makan (RM). Pasti ada botol kicap, mangkuk sambal, bekas pak aji (MSG) dan bekas garam.  Ini style mereka makan, kurang sedap mengikut selera sendiri boleh tambah perasa.  Kalau budaya orang barat makan, jangan harap nak minta sos itu dianggap kurang sopan.
Kedai ini terletak bertentangan dengan Bank BRI, cawangan Pekkabata, Polman.   Nampak orang berjualan kat luar tu, betul2 depan pintu kedai.  Sebenarnya itulah keadaan setiap pagi pada hari selasa dan jumaat (hari pasar pagi).
Alhamdulillah kenyang, 2 orang habiskan 3 mangkuk coto plus 3 biji ketupat plus keropok udang.  Budak pesek mata bulat hanya makan sedikit ketupat, selebihnya asyik bermain dengan barbie barunya.  Rasa coto mestilah sedap untuk saya yang gemar memakan coto makassar, tapi kalau nak compare dengan yang dijual di Sandakan tu, yang di kampung saya lagi power kot.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment