Tuesday, 6 May 2014

Kopi Orang Selatan - Kopi Cap 434

Assalam...
Anda pencandu kopi? kopi cap apa yang anda minum...jangan cakap kopi cap ayam ye.  Saya bukan pencandu kopi dan amat jarang meminumnya, kalau pergi rumah orang dan mereka menghidangkan kopi, sedaya mungkin akan minum supaya tuan rumah tidak kecik hati.  Nasib baik en.Abe pun lebih gemar minum minuman kegemaran saya iaitu teh, sekali sekala dia layan juga kopi 'O' cair dan milo.
Namun saya dikelilingi dengan orang yang mengemari kopi, kebanyakkan kaum lelaki dari family saya sukakan kopi terutama bapak saya sendiri, kopi susu kaw-kaw wajib 2 gelas besar dalam sehari, satu gelas waktu pagi dan satu gelas lagi waktu petang atau malam.
Oleh kerana dah sentiasa bergaul dengan si penggemar kopi, saya pun tahu sedikit berkenaan citarasa kopi yang digemari adalah berbeza mengikut tempat.  Citarasa orang utara misalnya lain berbanding dengan pilihan orang selatan mahupun orang wilayah tengah ini.  Kita yang tak suka akan ingat semua kopi itu sama sahaja warna hitam dan rasanya.  Betullah kata pepatah hanya jauhari mengenal manikam.  Misalnya kopi cap 434 ini adalah kopi pilihan bagi orang selatan khasnya orang Johor.  Penggemarnya kata, rasa kopi ini rasa sebenar biji kopi asli yang tidak dicampur sebarang perasa ketika proses menghasilkan serbuk kopi 434.  Nanti kita tengok pulak apa kopi kegemaran orang utara.
Siap ada harga lagi kat botol tu, tapi harga untuk Lembah Klang kurang pasti berapa.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment