Tuesday, 6 May 2014

Allah Lebih Tahu....

Assalam...
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang aku lebih perlu dan baik untukku.  Sebelum ini ada N3 pasal menunggu bayaran balik LHDN, duklah online check bila duit nak masuk...projection untuk fulus itu sudah ada dalam senarai dan salah satunya ada bahagian untuk ibu tersayang.  Sekiranya diizinkan rezeki itu menjelma awal...maka akan habislah ketika itu.  Namun ada sebab yang lebih aku perlukan kenapa ia tertangguh.
Awal bulan ini jugak, aku mendapat berita sedih yang ibu tersayang tengah sakit, jadi inilah masa untuk aku pergi melawat beliau.  Memang tak sedap hati sangat dengan berita itu, tapi dari jauh ini aku hanya mampu berdoa agar Allah memelihara beliau dan akanku usahakan agar dapat bertemu beliau dengan kadar yang segera.  Begitupun tetap ada perasaan bimbang tentunya berkenaan kos ke sana, cuti yang diperlukan, maklumlah ibu saya bukan duduk dekat-dekat sini, tapi duduk seberang laut.  Namun Allah lebih tahu apa yang aku perlu, disaat aku runsing mengingat kekangan itu semua, Dia telah menghulurkan nikmatNya untuk memudahkan urusanku kelak. Terima Kasih Allah.  Semoga segalanya urusanku akan dipermudahkan kelak.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment