Tuesday 8 October 2013

Nostalgia Rumah Kayu dan Tangga Batu


Assalam wbt...
Rumah kayu dalam gambar ini telah menyimpan banyak kenangan manis kepada pemilik dan waris-warisnya.  Sebagai insan yang pernah menumpang kasih di sini, Mulia sendiri mempunyai nilai sentimental ke atas rumah ini.  Suatu ketika dulu rumah ini hidup dengan gelak ketawa penghuni dan mereka yang sekali sekala balik ketika musim cuti untuk berkumpul.  

Seakan berada di majlis kenduri sekiranya kesemua anak, menantu dan cucu-cucu Wak Samad balik ke rumah ini.  Di rumah ini lidah Mulia pernah merasa keenakkan menu-menu seperti Kerabu Sayur Ranti, Sambal Goreng Jawa, Selata Rebus yang dimakan bersama Sambal Ikan Bilis, Rendang Ayam Hutan, Sup Landak, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Belanak Goreng dan banyak lagi.

Kini suasana rumah berubah semenjak pasangan suami isteri yang menjaga rumah ini kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lepas.  Rumah ini sudah tidak berpenghuni dan hanya dijaga oleh waris terdekat yang jugak ada rumah sendiri di kampung itu.  Usaha menambah baik dengan membina rumah baru di tapak bahagian yang telah dirobohkan akan dilaksanakan.  Ini sebagai simbol penyatupaduan adik-beradik dengan harapan mereka akan tetap berkumpul seperti sediakala.

Tangga batu inilah jugak telah menjadi saksi kisah suka duka insan-insan yang pernah menghuni mahupun tumpang berteduh di rumah ini. Setiap kali berkumpul, di tangga batu inilah mereka duduk untuk menyambut kedatangan mahupun mengucapkan selamat tinggal.  

Inilah kolong rumah...


Bahagian  ibu rumah yang masih tinggal, sebahagiannya telah dirobohkan terutama ruang tengah dan bahagian dapur. 


Tapak bahagian rumah yang telah dirobohkan akan dibangunkan semula rumah batu.


Antara pokok buah-buahan yang masih ada, yang sentiasa menantikan kunjungan mereka untuk kembali menziarahi rumah kayu bertangga batu ini.


Sekalung doa dan al-fatihah kepada almarhum Wak Samad, anak dan menatu beliau (Ayob Bin Abd Samad) dan (Fatimah bt Tumpang) semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.  Jasa dan keabaikan kalian tidak dapat digalang ganti.  Rumah ini akan terus dikunjungi oleh waris-waris dan kenalan sebagai tanda mereka ini masih melastarikan silaturahim yang terjalin dibawah bumbung rumah kayu bertangga batu ini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment