Buah Duku Langsat @ Duku Terengganu |
Assalam wbt...
Sayalah tu kan menantu yang bertuah, sebab dapat kiriman buah dari mentua di kampung. Buah dukong dan duku langsat. Walaupun 2 minggu lepas dah balik amik buah, tetapi tetap jugak mentuaku kirimkan untuk menantunya yang hantu buah ini....hehehe.
Kesian Mulia tengok adik ipar yang mengangkat plastik berisi buah yang banyak dari dalam perut bas. Kali ini mentua kirimkan dua jenis buah yang hampir sama, bagi sesiapa yang tak kenal akan menggap buah ini sama saja. Yang pasti tetap ada perbezaannya.
Gambar bawah ini buah dukong
Yang ini,
Sebelah kiri adalah buah dukong,
Sebelah kanan adalah buah duku langsat (dikenali jugak sebagai duku terengganu).
Perbezaannya:)
Yang kanan lebih manis daripada kiri.
Kanan isi kenyal dan kurang berair berbanding yang kiri.
Kulit yang kanan lebih licin dan mulus dari yang kiri.
Bentuk yang kanan lebih bulat dan muncung lebih pendek.
Biji yang kiri kurang pahit dari yang kanan.
Perbezaan secara saintifik kenalah tanya pada yang pakar..
Wassalam...
No comments:
Post a Comment