Assalam wbt...
Setiap kali pergi johor, tak sah kalau tak angkut benda penuh but kereta. Tengok jelah gambar kat atas tu, buah kelapa muda siap dengan tandan lagi. Tak terabis makan kami berdua, buah nenas tu dah sedekahkan pada kawan-kawan di pejabat.
Yang bawa ini pulak antara isi yang terdapat dalam bungkusan "berkat" perkataan orang Johor. Berkat ini pemberian tuan rumah kepada tetamu. Berkat disediakan hanya kepada tetamu yang terdiri daripada saudara-mara terdekat, kawan2 rapat dan jiran tetangga. Selalu isinya lebih istimewa dan banyak terdiri daripada nasi, lauk kenduri, kuih-muih, kerepek yang pelbagai dan macam-macam lagi.
Inikah door gift orang Johor? Door gift turut disediakan, tetapi lebih simple dan isinya tidak sebanyak berkat. Pemberian door gift di majlis kenduri orang Johor sama jugak macam yang terdapat di negeri lain. Terpulang kepada kemampuan tuan rumah nak sediakan door gift yang bagaimana.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment