Assalam Semua...
Bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh?. Bagi pekerja swasta macam saya sudah tentu mereka juga dapat baucar percuma Program Saringan Kesihatan ini. Oppsss..Perkeso berikan pada mereka yang nak masuk 4 siri dan ke atas saja. Adik-adik yang mudah belia yang baru dapat 2 siri dan 3 siri tu tidak layak dapat baucar.
Saringan pemeriksaan percuma, adalah amat rugi kalau tidak digunakan. Nak keluarkan duit poket sendiri memanglah berat, nak2 kalau pergi hospital swasta, pakej saringan kesihatan yang ditawarkan rata-rata bermula dari RM400 ke atas. Last Mulia buat check up 2 tahun lepas, guna duit sendiri di hospital swasta bayaran dikenakan hampir RM700 jugak. Tapi nasib Mulia baik jugak sebab lepas tu dapat claim, kerana perubatan tahunan yang diperuntukan oleh syarikat masih berbaki.
Baucar dapat awal tahun, tapi baru berkesempatan menggunakannya. Biasalah kita ini, bila dah hampir tarikh luput barulah nak terkejar2 kan. Buat check up di sebuah klinik di Damansara Jaya, dekat dengan tempat kerja dan rumah. Di sini kena wat check up je, ujian mamogram dirujuk ke KPJ Damansara kerana tiada peralatan lengkap di sini.
Bagi yang masih menyimpan baucar dan belum melunaskannya lagi, cepat-cepat buat check up, terdapat banyak klinik yang berdekatan telah dilantik oleh Perkeso. Percuma lagi. Anda jugak boleh menambah ujian lain yang tidak termasuk dalam pakej Perkeso. Tapi itu kena bayar sendiri yek.. Kalau hasil ujian negatif jangan takut, kerana mengetahui lebih awal lebih baik sebelum terlambat. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment