Assalam wbt...
Cendol, pemanis mulut tempatan yang digemari oleh semua kaum dan peringkat umur, lebih-lebih lagi orang lama. Sekarang gerai cendol memang banyak dan pelbagai konsep dicipta untuk menunjukkan kelainan dan tujuan promosi. Cendol pulut, cendol bakar, cendol medan dan banyak lagi.
Di sini Mulia nak share Teochew Cendol Penang. Siapa orang Penang dan biasa makan cendol ini, pasti tahu kesedapannya. Ini Condel paling femes di Pulau Pinang dan gerai asalnya terletak di Lebuh Keng Kwee, Penang Road.
Sekarang kalau nak makan Cendol Teochew, tak perlu drive sampai Penang. Pergi je ke Paradigm Mall. Kedainya betul2 berhadapan dengan Tesco Paradigm Mall yang terletak di Level LG. Selain cendol, menu lain pun ada seperti rojak buah, Mee Kari dan Laksa Penang.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment