Monday, 6 April 2020

Kuih Sago

Assalam...
Secara jujur saya tak pernah buat kuih ini, selalu makan yang orang buat atau pun beli.  Pernah jumpa MIL buat untuk jualan bulan puasa tapi dapat tengok hasilnya saja step awal termiss lah pula.  Saya hanya sempat tengok semasa MIL potong dalam dulang dan gaul dengan kelapa parut, tak tahu sama ada MIL kukus sago dalam dulang atau masak sagu terlebih dahulu baru tuang ke dalam dulang.  Sebarang kuih sago memang suka dan dari kecil memang selalu jumpa pencuci mulut yang diletakkan sago, arwah mak pun suka letak sago dalam pengat dan dia pernah ajar cara buat sago daripada pati ubi kayu.

Ada orang minta buatkan, mulanya nak menolak tapi tak sampai hati.  Nak tolak sebab takut bagi harapan dan hasilnya tak seperti yang diharapakan nanti.  Harus bertanya pada siapa? tanya MIL dia tengah sibuk pula, tak mau kacau last-last tanya lah encik google.  Memang banyak resepi kuih ini yang telah share, tapi saya nak cari tips-tips membuatnya.  Kadang nampak simple tapi kalau tak kena gaya, tak menjadi kuihnya.


Antara tips yang saya dapat hasil mengoogle adalah cara kukus sago dalam bekas kecil, mudah untuk di olah dan elakkan kejadian melekit-lekit pada tangan dan peralatan.  Satu lagi untuk dapat pastikan sago masak rata berbanding jika dimasak jika ukuran air tak betul kuih menjadi terlalu lembik atau biji sagu tak masak sempurna.  Untuk kelapa parut pula supaya tahan lebih lama adalah dengan cara mengukusnya sekejap.  Tapi satu yang saya kurang suka, bau kelapa parut tu akan berubah jadi macam tengit walaupun rasanya tetap sama.   Jika nak buat sedikit untuk family lebih baik guna kelapa fresh dan tak perlu kukus, tapi jangan simpan lama-lama, kena habiskan cepat.


Kuih Sago
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
200gm sago
Gula secukupnya
1/2 biji kelapa parut putih
Sedikit garam


Cara Penyediaannya
* Basuh sago dan toskan.
* Sediakan acuan dan pengukus.
* Campurkan dengan gula, gaul rata, gula tu ikut manis kuih yang dikehendaki.
* Isikan sagu dalam acuan (saya guna acuan kuih lompang) dan kukus hingga masak lebih kurang 15 - 20 minit.
* Gaul kelapa parut bersama garam.
* Keluarkan kuih dari pengukus dan tunggu suam baru keluarkan dari acuan.
* Salut kuih dalam kelapa parut secukupnya dan bolehlah dihidangkan.

Selain kuih welcome-welcome bawang (jemput-jemput bawang) saya rasa ini antara kuih jimat belanja yang boleh disediakan untuk seisi keluarga.  Para bunda sekalian selamat berkreasi di dapur.
Wassalam.

2 comments:

  1. eh eh sekali tengok macam buah melaka pulak...rupanya kuih sago..menarik!

    ReplyDelete
  2. Rasanya sagu ni ada pelbagai saizlah NM....Kalau yg kecik tu bila kita masak dia tak akan jadi bulat seketul seketul.... jadi mcm tepung talam gitu....tak suka. Tak puas kalau tak nampak bulat bulat kan...

    ReplyDelete