Friday, 3 April 2020

10 Hak Sebelum Meninggal Dunia

Assalamm....
Saya suka perkongsian yang saya dapat ini, saya kongsikan di sini semoga kita semua dapat manfaatnya.  Ini adalam wasiat Imam Syafie kepada anak muridnya dan umat islam seluruhnya.  Beliau berpesan "barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara.



Pertama - Hak Kepada Diri,
Iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua - Hak Kepada Malaikat Maut,
Iaitu menggadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga - Hak Kepada Kubur,
Iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat - Hak Kepada Mungkar Nakir,
Iaitu tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima - Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat),
Iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

Keenam - Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada hari Akhirat).
Iaitu membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh - Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka),
Iaitu Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

Kelapan - Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga),
Iaitu berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan - Hak Kepada Nabi S.A.W,
Iaituberselawat ke ats baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadisth), menyanyangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

Kesepuluh - Hak Kepada Allah SWT
Iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wassalam.

3 comments:

  1. salam pagi Jumaat ahkak., terimakasih diatas perkongsian.,
    amin ya robbal alaminn

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... perkongsian yang sangat baik.
    Mohon share ye...terima kasih!

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Allahu. Terima kasih share

    ReplyDelete