Tuesday 5 February 2019

Akinabalu @ Gunung Kinabalu

Assalam...
Awal bulan January balik kampung Sandakan, ambil penerbangan awal pagi.  Seperti biasa kalau dapat tempat duduk tepi tingkap memang seronoklah, tetapi sepanjang perjalanan dari KL sebelum itu memang akan tidur, maklum berjaga dari tengah malam semalam.  Dapat tidur 2 jam lebih dah memadai nak segarkan diri bila sampai nanti.  Selalu naik kapal, jumpa nombor tempat duduk, duduk, fasten seat belt dan start belayar, mendahului pilot  take off. 


Jelik-jelik mata dah nampak bumi Borneo, dapat lihat si sebelah hujung atas kawasan Karambunai, Teluk Sepanggar, UMS, Menggatal dan Inanam.


Lepas beberapa ketika nampak ketulan hitam, besar tu, hati dah berbisik riang itu Gunung Kinabalu.  MasyaAllah dah lama sangat tak nampak pemandangan ini. 


Semakin dekat, memang pasti itulah Akinabalu, pilot pun turut beri announcement, bagi mereka yang sedang tidur sila bangun dan buka mata anda.  Gerak orang sebelah sebab yakin dia mesti tak pernah lihat pemandangan ini walaupun dah pernah sampai di atas puncak itu.


Sebenarnya dah lama sangat nak lihat lagi pemandangan ini, mungkin sebab selalu tersilap pilih tempat duduk kot.


Alhamdulillah hari ini ada rezeki dapat tengok dari dekat.  Lambai-lambai pada pendaki yang ada di atas tu, (perasan macam nampak lah).  Jika dilihat pada jam waktu itu, mana ada pendaki dah kat atas tu, dah dekat jam 9 pagi waktu yang tak sepatutnya ada pendaki di atas puncak.


Ketinggian yang melepasi awan, jika pro photographer pasti lebih cantik gambar Akinabalu yang dapat diambil.  Ni sehabis cantik yang saya dapat ambil dengan camera phone cap ayam saya.


Cuaca sangat baik dan bersahabat pagi itu, Akinabalu menunjukkan dirinya, walhal jika pelawat berada di bahagian bawah (Kundasang) jarang Akinabalu perlihatkan kecantikannya.  Selalu malu-malu bah dia betapuk dibalik awan. 


Gunung Kinabalu semakin jauh tertinggal di belakang.  Selepas itu start pula buka mata mencari kampung dan bumbung rumahku.


Alhamdulillah selamat mendarat, cuaca mendung di Sandakan ketika itu.

Saya kena take note - jika perjalanan menuju Sandakan, nampak pemandangan Gunung Kinabalu di sebelah kiri, memang tak akan nampak bumbung rumahku.  Nak nampak bumbung rumah kena duduk di sebelah kanan. Penerbangan balik selalu sebelah petang atau last flight, jadi dah gelap atau malam memang tak nampak apa, jadi sambung tidur sampai landing di KLIA nanti. 
Wassalam.

2 comments:

  1. I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you create this website yourself or did you hire someone to do
    it for you? Plz reply as I'm looking to create my own blog and would
    like to find out where u got this from. cheers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, thanks a lot for the compliment, this blog i created myself and i learn tutorials from other blogs, specially blogs that teach how to create a blog.

      Delete