Thursday, 18 June 2015

Super Lunch @ Lemon Garden Cafe, Shangri-La, KL

Assalamm...
Maaf ya, sebab masih edisi tayangan gambar-gambar makanan.  Tak jadi masalah kan bagi mereka yang iman teguh dan tak senipis kulit bawang.  Hari itu tempat kerja cepat-cepat buat gathering untuk staff keluar makan-makan sebagai mengekalkan tradisi lama.  Tarikh pilihan sebelum bulan puasa dan tempat di tujuan tu jauh sikit dari biasa, masuk ke ibu kota dan tempat pilihan adalah Lemon Garden Cafe, Hotel Shangri-La, KL.
Spread menu memang banyak dan pelbagai, ini salad dan appertizer kaunter.
Asian section, menu-menu lebih kepada menu melayu, india dan arab.
Chinese section, hari itu action stall ada menyediakan mee dan wantan kari istimewa untuk dicuba.
Western corner, daripada appetizer hingga ke main dish.
Section paling digemari ramai, lupa segala penyakit gout atau asid uric yang terlebih dalam badan.  Paling best diorang replenish food sangat cepat.
Satu lagi kaunter kegemaran ramai, dessert dan buah-buahan.
Center piece yang simple tetapi menarik, yang akhirnya buah dalam dulang tu habis orang ambil tinggal apple hijau dan merah saja.
Antara promosi  yang ada dan untuk ramadhan ini sudah tentu ada yang lebih istimewa kepada pengunjung.
Sedikit gambar suasana hari itu, selepas makan masing-masing buru-buru keluar takut kena tinggal oleh pak supir
Memang berbaloi bos keluar duit lebih sikit sebab semua dapat makan menu sedap.  Tidak seperti sebelum ini, selepas makan masih lagi terdengar soksek-soksek kat belakang.  Kali ini siap minta repeat tempat yang sama akan datang.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment