Monday, 29 June 2015

Sira Pisang Emas....

Assalam...
Saya tak pasti yang ini boleh dipanggil sira atau tidak, sebelum buat tak sempat buat homework bagaimana yang betul-betul dikatakan sira.  Cuma ingat-ingat lupa, dulo-dulo zaman sekolah ikut kelas SRT ada pernah buat sekali yang dinamakan sira pisang.  Orang kelantan pekat yang duk sebelah ini kata ini bukan sira.  Bila tanya sira tu macamana, dia angkat-angkat bahu pulak.
Saya guna pisang emas yang sempat dirembat masa balik kampung tengah malam hari itu.  Pak mertua pelawa, saya ambil jelah 2 sikat yang masih hijau.  Dalam kepala sedap ini kalau buat gulai dengan ikan masin.  Bila tengok balik, pisang dah masak seme, ikan masin tak jumpa cari.
Buat sikit jer, sebab dah tahu nanti saya jugak yang akan jadi tukang perabih, en.Abe ini tak layan kuih-kuih begini.  Dia makan satu buat syarat jer.
Lepas masukkan pisang tu, teralit sekejap buat kerja lain.  Bila toleh semula, air gula dah nak kering nasib tak jadi karemel lagi.
Sira Pisang Emas
Sumber: Mulia

Bahan2
8 biji pisang masak emas (guna pisang yang tidak terlalu masak)
3 sudu gula pasir
1 stick kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
sedikit air
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara2
*  Masak gula bersama air yang diletakkan kulit kayu manis, cengkih dan simpulan daun pandan.  Masak hingga gula cair.
*  Masukkan pisang dan golek-golekkan dalam air gula hingga semua permukaan sama rata.
*  Biar hingga air gula pekat sedikit.

Wassalam.

No comments:

Post a comment