Assalam...
Kan dah kata tak nak beriya sangat bulan ramadhan tahun ini sampai kurma pun tak beli sedangkan sunat berbuka dengan buah tamar. Sebenarnya masih ada bekalan beberapa jenis kurma dalam peti ais (ajwa, safawi dan mesir), jadi tak perlu beli yang baru, habiskan mana yang ada saja. Cerita sungkai hari pertama pun tak ingat dah tu yang skip terus (alasan.....).
Namun rezeki Allah dah tentukan pada hari ke-2 dapat hadiah kurma dari seorang hamba Allah melalui rakan sekerja. Di samping yang atas tu dapat beberapa biji kurma medjoul lagi yang sangat sedap. Setakat ini masih amalkan berbuka dengan buah kurma bersama air milo suam dengan sedikit buah-buahan sebelum solat maghrib hingga teraweh.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment