Monday, 29 June 2015

Sira Pisang Emas....

Assalam...
Saya tak pasti yang ini boleh dipanggil sira atau tidak, sebelum buat tak sempat buat homework bagaimana yang betul-betul dikatakan sira.  Cuma ingat-ingat lupa, dulo-dulo zaman sekolah ikut kelas SRT ada pernah buat sekali yang dinamakan sira pisang.  Orang kelantan pekat yang duk sebelah ini kata ini bukan sira.  Bila tanya sira tu macamana, dia angkat-angkat bahu pulak.
Saya guna pisang emas yang sempat dirembat masa balik kampung tengah malam hari itu.  Pak mertua pelawa, saya ambil jelah 2 sikat yang masih hijau.  Dalam kepala sedap ini kalau buat gulai dengan ikan masin.  Bila tengok balik, pisang dah masak seme, ikan masin tak jumpa cari.
Buat sikit jer, sebab dah tahu nanti saya jugak yang akan jadi tukang perabih, en.Abe ini tak layan kuih-kuih begini.  Dia makan satu buat syarat jer.
Lepas masukkan pisang tu, teralit sekejap buat kerja lain.  Bila toleh semula, air gula dah nak kering nasib tak jadi karemel lagi.
Sira Pisang Emas
Sumber: Mulia

Bahan2
8 biji pisang masak emas (guna pisang yang tidak terlalu masak)
3 sudu gula pasir
1 stick kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
sedikit air
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara2
*  Masak gula bersama air yang diletakkan kulit kayu manis, cengkih dan simpulan daun pandan.  Masak hingga gula cair.
*  Masukkan pisang dan golek-golekkan dalam air gula hingga semua permukaan sama rata.
*  Biar hingga air gula pekat sedikit.

Wassalam.

Sunday, 28 June 2015

Ramadhan Kareem: Sungkai Hari Ke-10

Assalam...
Seperti tema kuning diraja hari sungkai ke-10 saya ini, bila dah letak satu persatu baru perasan sebenarnya.  Nasib ada air kopi dengan anggur tu yang bagi warna lain sikit.  Anggur dan mangga tu rezeki yang Allah datangkan dari jauh, buah tangan yang adik bawa balik dari Kaherah hari itu.  Alhamdulillah syukran dapat merasa.   
Sementara menunggu azan maghrib terbaca pengalaman kakchik yang menambah kurma ke dalam air teh "O".  Sedang elok air teh dengan kurma duduk dekat-dekat, kita masukkan beberapa biji ke dalam gelas air teh.  Rasa yang memang best, superb gitu, terima kasih kakchik sudi berkongsi.  Air teh dah habis, kita guna air kopi pulak..tapi rasanya kurang kick berbanding kalau rendam dalam air teh, bagi saya lah.
Kombinasi yang best air teh 'O' kurma dengan sira pisang emas.
Juadah untuk supper dan sahur.  Seger dapat hirup kuah sup.
Teraweh malam tadi sangat fresh rasanya, takde rasa mengantuk langsung.  En.Abe pula skip semalam sebab keletihan balik kerja. 
Wassalam.

Ramadhan Kareem: Waktu Berbuka Waktu Mustajab Doa...

Assalamm...
Tazkirah di antara solat teraweh malam tadi, ialah waktu paling elok untuk berdoa ketika bulan puasa.  Salah satu waktunya adalah ketika kita hendak berbuka puasa.  Peringatan untuk diriku sendiri, selalu waktu berbuka membaca doa sambil lewa, terkadang doa khas berbuka puasa langsung tak baca dek sibukkan dengan hal-hal lain atau makanan di atas meja.


Pada waktu yang sama kita boleh selitkan doa tentang perkara yang kita terlalu berhajatkan sangat.  Dianjurkan juga membaca doa seperti berikut setelah kita makan dan minum yang menandakan orang berpuasa telah membatalkan puasa mereka.
Wassalam.

Ramadham Kareem: Sungkai Hari Ke-9

Assalam...
Sungkai hari ke-9 dengan juadah pancingan dari bazaar ramadhan semua.  Paling meriah adalah air yang pelbagai, air kelapa, air mangga, air tebu, air peach guava dan air yogurt untuk stock (tak minum lagi).  At last, air mangga terpaksa disimpan dan hanya habis pada buka puasa hari berikutnya.
Dapat buah nangka madu, tapi yang ini tak sempat jamah lagi.  Beli dulu itu yang penting, kemudian kita fikir.
Ini pilihan en.Abe, dapat rasa sikit roti bom yang tak kababom langsung.  Murtabak pun rasa biasa-biasa saja, tapi semua habis jugak akhirnya, Alhamdulillah tak membazir.   
Pilihan saya yang terbaik, ini dah tinggal separuh, sedap cendawan goreng ini.  Hari itu pilih yang rasa original, cheese dan bbq.
Nasi ambeng disantap setelah balik teraweh, sedap nasi ambeng warisan ini.   Tapi ngomong-ngomong dengan wong jowo, dia kata nasi ambeng tempat dia lagi sedap.
Yang ini free tak beli, dapat dari tempat kerja, cuma rasa sikit sebelum tidur, bakinya untuk bersahur.  Tapau yang kali ke-4, baru dapat makan bubur lambuk, yang sebelum-sebelumnya tertinggal dan jadi rezeki orang lain.
Malam tu, solat teraweh mengah sikit dan mengantuk akibat minum air berais terlalu banyak kot.  Sahur pulak terskip, sedar-sedar bunyi azan berkumandang.
Wassalam.

Ramadhan Kareem: Bazaar Ramadhan

Assalam...
Hari jumaat ramadhan ke-9, en.Abe cuti, dia kata tak perlu masak kita ke bazaar ramadhan.  Saya mana-mana pun ok.  Dia pesan lagi, kita pergi beli air dan cari nasi ambeng saja.  Tahun ini kita kurangkan gi bazaarlah, makan kat rumah jer...So anggap jer ini peluang yang hanya datang sekali untuk tahun ini ke bazaar ramadhan lepas ini dah tak boleh pergi sebab kena kerja petang.  Kita ikutkan ajer dan kita tengok lah nanti macamana.
Kami ke bazaar ramadhan Kelana Jaya, yang terdekat dari tempat kerja.  Jumpa gerai roti bom, singgah beli.  Jumpa gerai murtabak, beli jugak..makanan kegemaran dia berbuka puasa ini, banyak kali sebut, hint nak suruh belajar ker tu?.
Gerai cendawan corner, turn saya pulak, nak rasa sebab dengar kawan tu cakap sedap jadi teruja jugak nak makan.  Saya ini orang yang tidak mendapat vaksin imunisasi dengan iklan.  Tiga mangkuk RM5.00 boleh campur-campur rasa.
Jalan sampai ke hujung.  Bukan tak jumpa awal tadi dengan gerai nasi ambeng, dah lalu 2 gerai yang sama.  Tapi kami pilih gerai yang hujung sekali.
Tiada antara kami yang orang jawa, tapi suka jer makan nasi ambeng ini.

Contoh portion untuk nasi ambeng special.

Yang ini pun macam sedap jer...ah beli satu yang dalam cup.
Bila jumpa gerai air macam ini...semua rasa sedap, nafsu semata.  Sebungkus RM3.00, dua bungkus RM5.00.
Sebab kata, 1st and last pergi bazaar ramadhan kan, en.Abe kata takpe rasa nak makan beli, toksah kedekut ngan benda makan.  Kadang saya bercerita tentang sesuatu yang orang jual, itupun dia nak beli.  Tapi ada satu gerai air yang tak boleh blah dengan penjualnya, siap marah-marah kat customer sebab takmo beratur.  Hasrat nak beli air jagung terpaksa dilupakan di situ.  Belanja petang itu dekat RM50 jugak nanti kita sambung apa yang dibeli dengan nilai tu di bazaar ramadhan.
Wassalam.

Ikan Masin Goreng

Assalam...
Terpanggil untuk buat entry ini sebab masih ada kawan-kawan yang macam saya diluar sana yang tak tahu dan tak biasa sediakan ikan masin goreng.  Suka makan dan hanya biasa makan yang orang jual atau sediakan.  Kisah benar ini kawan-kawan, tak semesti yang dah banyak umur itu tau semua perkara.  Kekadang benda kecil yang pada kita yang sangat kacang bila orang bertanya, kita boleh anggap lucu atau terus toing dekat kepala otak "erm benda senang kau tak tahu" jangan sombong ye, jangan gelakkan.  Ketika inilah sifat-sifat melayu anda diperlukan cakap secara bersopan dan berlapik, bila nak mengajar jangan sampai orang yang diajar tersinggung perasaannya.
Ikan masin goreng
Sumber: Mulia

Bahan2
Ikan masin / pekasam
Cili padi
Bawang besar - hiris
Hirisan halia (optional)
hirisan bawang putih (optional)
Minyak untuk menggoreng.

Cara2
*  Potong ikan masin menjadi ketul-ketul kecil jika yang anda beli itu keping atau ketul yang besar.  Kalau guna ikan pekasam tak perlu potong.
*  Goreng bahan-bahan hiris dan cili padi hingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyak.
* Goreng ikan masin menggunakan minyak bekas menggoreng bawang tadi hingga masak atau garing.  Angkat dan toskan minyak.
*  Gaulkan ikan masin dan bawang goreng tadi dan letak dalam bekas.

Ada 3 jenis ikan masin yang saya guna kali ini iaitu ikan masin tenggiri, ikan masin gelama dan ikan masin kembung.  Walaupun sedikit setiap jenis (nak clearkan stock dalam peti) dah jadi semangkuk, bolehlah bertahan lama sikit (versi pemalas sebenarnya) buat banyak terus tak perlu nak goreng berkali-kali.  Fikir keselesaan jiran sama, setiap hari kita asap dengan bau ikan masin goreng terseksa batin dia nanti.  Amaran keras di bulan puasa ini janganlah pi goreng ikan masin tu tengah-tengah hari na.
Wassalam.

Ramadhan Kareem: Sungkai Hari Ke-8

Assalam...
Hari ke-8, kehidupan kembali seperti biasa, semangat mengebu-gebu.  Sebelum balik kerja, text en.Abe set date seperti biasa...jumpa kat surau sebelum solat teraweh nanti.
Kawan tolong belikan karipap frozen Cik Liza Pantai Dalam.  Edisi terhad katanya sebab buat bila ada tempahan sahaja.
Ini pulak dapat kiriman kuih akok dari mak mertua, adik balik kampung tolong bawa untuk kami yang tak dapat balik makan akok panas-panas cik bedoh.  Resepi tak sempat belajar lagi, sebab ini pun kira edisi terhad jugak, bulan ramadhan jer acuan akok keluar dari tempat simpanan.
Lepas teraweh, pergi rumah adik ambil akok, kemudian tolong hantarkan portion kuih akok untuk kakak pulak.  Kira keluar santai-santai ambil angin.
Dalam perjalanan balik dari Klang, singgah stall jual durian dan beli dua biji.  Bulan puasa tak best makan raja buah ini, takut belahak masa teraweh, boleh ganggu kusyuk orang sebelah.  Durian tengah musim sekarang ini, cuma stall durian di SS2 dah berpindah tempat, jangan terkejut bila pergi dah takde orang jual durian kat tempat selalu tu.  Pindah dekat saja tempat khas yang telah disediakan. 
Wassalam.

Ramadhan Kareem: Sungkai hari Ke-7

Assalam..
Hari ke-7, berbuka entah ke mana, teraweh entah ke mana, sahur pun entah ke mana....semua jatuh tergolek dan tercicir dek kepenatan dan mengantuk tahap maksima.
 
Untuk menghabiskan waktu kerja hari tu, cukup seksa rasanya.  Ada kala tersengguk-tersengguk juga apalagi ketika merenung angka.  Bila menulis jangan cerita huruf yang dicatit berbunga macam tulisan bangla.

Berbuka ala kadar hanya dengan buat air milo dan buah.  Text en.Abe, tak dapat pergi teraweh, ngantuk sangat, abg pergi seoranglah.  Lepas buat yang wajib sekelip mata entah dah sampai mana-mana ntah.

Wassalam.

Saturday, 27 June 2015

Bingka Sukun...

Assalam...
Baki buah sukun lembik yang ada sebiji lagi berjaya juga dijadikan bingka.  Disediakan selepas balik teraweh puasa ke-5.  Sebabkan nak cepat dan sudah lewat malam, saya terus masuk tidur selepas saja masukkan adunan bingka ke dalam oven.  Ini juadah berbuka puasa pada hari ke-6 dan dapat dibekalkan sedikit pada ayah mertua dan kawan sekerja.


Resepi saya guna dari blog Tun Telani.  Pertama kali mencuba dan hasilnya tidak mengecewakan.  Terima kasih Tun, sudi berkongsi resepi bingka sukun yang mudah dibuat, dan minta halal ya saya kongsikan di sini.


Bingka Sukun
Sumber: Tun Telani


Bahan2:

  • 450-500g buah sukun [yg dah agak lembik & tak boleh digoreng] (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air) - tun guna sukatan air dibawah
  • 4 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 180g gula
  • 300ml santan (santan kotak 'KARA')
  • 150ml air
  • 1 sk (sudu kecil) garam
  • sedikit vanila (optional)
  • sedikit pewarna kuning 
  • sedikit bijan utk tabur (jika suka) -tak letak


Cara2:

  • Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentel atau
  • boleh juga diblender
  • Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
  • (kalau utk loyang lebih baik alaskan dgn kertas minyak & lenserkan majerin-utk senang dikeluarkan kelak)
  • Tuangkan adunan & taburkan bijan
  • Panaskan oven terlebih dulu dan bakar dgn suhu 180°c (ikut oven masing2) sehingga 40-45 minit atau nak lebihkan garing pun boleh..
  • (tapi kalau bakar dlm bekas muffin kurangkanlah sikit masanya lama sangat nanti rentung pulak..!)
  • Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. Selamat mencuba..!

p/s - Nasib baik rentung atas jer, bangun sahur baru tengok.  Alhamdulillah oven tuaku masih boleh berbakti pada tuannya.
Wassalam.

Ramadhan Kareem: Sungkai Hari Ke-6

Assalam...
Ramadhan ke-6, hari yang buzy sikit, sibuk di tempat kerja dan di rumah.  Tempat kerja hingga tak sempat balas email, kena jawap call, belum siap bercakap di talian, kena berkomunikasi dalam wechat pulak.  Erm teknologi komunikasi semua minta perhatian dan belaian, kadang-kadang satu beban bila asyik menjerit notification hingga ke larut malam.  Silent mode takut pulak ada urgent matters yang minta nyawa.

Hari ke-6 adik ipar dari mesir sampai Malaysia, balik bercuti selama 3 bulan.  Memang tak sempat nak pergi jemput kat airport, tuntutan kerja sangat tidak mengizinkan untuk ambil cuti.  Nasib kakak, adik dan mak mertua ada untuk pergi ambil.  Ikutkan saya guna pengangkutan awam jika terdesak, lebih save dan senang....tapi itu saya, orang lain, lain kekda nya.

Nak gantung periuk hari ini tak masak jadi tak best pulak.  Adik dah text minta masak nasi saja, lauk nanti mereka beli dari bazaar on the way back from aiport.  Tapi kita yang sedia maklum betapa sadisnya jalan raya menjelang waktu berbuka puasa ini standby jugak mana patut untuk berbuka.  Akhirnya mereka sampai rumah di penghujung maghrib ketika segalanya siap terhidang di atas meja.  Lepas berbuka dan makan malam bergegas untuk hantar adik dan mak mertua balik kampung.  Dan bermula perjalanan panjang hingga ke subuh hari.
Wassalam.

Palu Butung...

Assalam...
Lebihan pisang bekalan dari Sungai Balang hari itu masih ada dalam peti ais.  Teringat satu pemanis mulut yang mak selalu sediakan ketika zaman kanak-kanak dahulu, antara menu berbuka juga selalunya.  Bagaimana boleh teringat?  sebab sepupu saya ada tersebut perkataan tu dalam group whatsapp.  Puas saya memikir apelah benda alah tu, tak puas hati saya call mak dan kakak.  Ya ampun barulah teringat, betapa waktu yang panjang dan pendedahan pada makanan lain telah menjadikan saya pelupa tentang salah satu menu zaman kanak-kanak dahulu.  
Sambil tanya benda ape tu...sambil saya korek resepi dari diorang.  Sebenarnya mak panggil dengan nama lain menu ini (nasu lokka) tapi merujuk pada makanan yang sama.
Namun biasalah bila kita bertanya resepi pada orang antik ini, resepinya pun antik mana ada sukatan yang tepat.  Segalanya main agak-agak, pandai-pandailah kita nak adjust sendiri.
Palu Butung
Sumber: Mak Mulia

Bahan2
Pisang raja atau nipah masak - rebus atau stim dengan kulit hingga masak
Sos putih
Sirap Pisang Ambon  (boleh ganti dengan kordial rose)

Penyediaannya
* Potong pisang yang telah direbus terlebih dahulu.
*  Susun di dalam mangkuk dan tuangkan sos putih secukupnya
*  Tuangkan sedikit sirap pisang ambon.

*  Nikmati ketika sejuk atau ditambahkan dengan parutan ais.


Bahan2 - Untuk Sos Palu Butung

700ml Santan
1/2 cawan gula pasir 
sedikit garam
2 senduk tepung gandum, bancuh dengan sedikit santan (boleh jugak diganti dengan tepung beras)
Daun pandan - simpulkan

Penyediaannya.
*  Panaskan santan, garam dan daun pandan hingga mendidih.  Guna api sederhana.
*  Masukkan bancuhkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau adunan supaya tidak berketul.
*  Kacau adunan hingga kental dan meletup-letup.
*  Sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dicampur bersama pisang.


Menu ini sedap dinikmati dengan keadaan sejuk, sebab itu ada yang menggelarnya Es Palu Butung yang di masukkan parutan ais.
Versi saya tak panggillah 'es' sebab saya tak letak ais pun.  Ketika masih suam saya dah makan.  Tetapi paling best menikmatinya ketika sejuk atau dengan ais.
Wassalam.