Tuesday, 16 October 2012

Taman Peringatan Sandakan - Sandakan Ranau Death March

Salam kawan2, nak share dengan kawan2 salah satu tempat yang menjadi spot untuk dilawati di daerah Sandakan (kg Mulia) iaitu Taman Peringatan Sandakan, yang terletak lebih kurang 12 kilometer (Batu 7) dari Pusat Bandar Sandakan. 

Mulia sekadar nak kongsi tentang sejarah di bumi Borneo ketika Zaman Perang Asia Pacifik (Perang Dunia ke-2), senang cerita ketika pendudukan Askar Jepun di Asia lebih tepatnya semasa pendudukan Jepun di Borneo Utara sekitar tahun 1942 - 1945).  Mungkin kita ada terdengar mak2 atau nenek2 kita bercerita tentang susah payahnya kehidupan mereka ketika waktu perang berlangsung (Zaman Jepun).  Sehingga ke hari ini  perkataan "zaman jepun" selalau diguna pakai untuk mengambarkan keadaan atau suasana yang amat perit dan menderita.

Taman Peringatan Sandakan dibina di atas kawasan bekas kem tahanan (askar Jepun) Tahanan ini merupakan tahanan perang Pihak Berikat (2400 orang) dan tahanan kerahan Indonesia (3600 orang).  Mereka dikerah untuk membina landasan kapal terbang dalam keadaan yang sangat tidak berperikemanusiaan.  Mereka dipaksa bekerja keras dengan diajukan senapang di kepala, dipukul, serta diberi makanan dan ubatan yang tidak mencukupi. Ramai antara mereka telah maut kerana sakit dan kebuluran.  Ini merupakan kes Jenayah Perang Jepun terburuk di Borneo. Mereka masih terus manjadi tawanan sungguhpun kerja-kerja pembinaan telah siap.

Pada awal tahun 1945, ketika tentera Pihak Berikat semakin dekat,  komanden kem kapten Susumi Hoshijima mengarahkan semua tawanan dipindahkan ke pedalaman (Ranau) secara berperingkat-peringkat dengan berjalan kaki kira-kira sejauh 250km.   Menurut beliau arahan ini adalah daripada Komander Pemerintah Jepun ke-37 iaitu Leftenan Gen Masao Baba.

Dalam kawat maut Sandakan - Ranau, lebih 1000 telah terkorban kerana keletihan, penyakit dan kebuluran.  Seramai 38 orang yang hidup di Ranau dalam keadaan tidak mampu untuk bergerak, namun akhirya dibunuh atas perintah tertinggi jepun.  Hanya 6 orang tawanan yang berjaya melepaskan diri dengan lari ke hutan kemudiannya dibantu oleh penduduk tempatan sebelum diselamatkan oleh Pihak Berikat.  Mereka yang terselamat adalah Owen campbell dan Richard Braithwaite yang melarikan diri ketika kawat ke-2, Pegawai Warant Satu William Sticpewich, Prebet Keith Botterill, William Maxham dan Prebet Nelson Short yang melarikan diri ketika di Ranau.





Begitulah kisah sedih disebalik sebuah tugu peringatan. Peristiwa ini adalah kesinambungan dengan Kundasang War Memorial yang dibina pada 1962 oleh Kerajaan Australia untuk memperingati mereka yang gugur dalam peristiwa Sandakan Ranau - Death March




No comments:

Post a Comment