Monday, 8 October 2012

Cuti-cuti di Pulau Ketam


Nasamulia
Sinonim dengan namanya Pulau Ketam
Dengan lafaz basmalah...seharusnya segala sesuatu yang kita lakukan, kecil atau besar perlu dimulai dengan basmallah, Bismillahirahmanirahim, Salam semua, semoga kita sentiasa dikurniakan kehidupan yang sejahtera dan bahagia hendaknya..

Sebagai hambaNya kita semua adalah khalifah dimuka bumi ini, masing2 ada peranannya, sungguhpun seperti sekecil ketam di pantai (dalam gambar), Allah telah menciptakan semua mahklukNya berserta dengan peranan masing2.  Manusia adalah mahkluk ciptaan yang paling sempurna, sebab itu kita darjat manusia ini talah di angkat tinggi berbanding dengan mahkluk yang lain dan diberi sebagai khalifah di muka bumi ini.  Kita adalah antara mahluk yang terpilih. SubahanaAllah.

Renung2 kan diri dan alam semesta dan segala macam isinya.  Sekiranya kita masih susah hendak bersyukur, luangkan masa untuk berkelana di muka bumi ini.  Sekiranya kita berkemampuan, berjalanlah sejauh yang boleh, kutiplah pengalaman sebanyak mungkin moga dengan cara itu kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah swt..



Ikan Tembakul

Dua minggu lepas, Mulia, suami dengan seorang teman, sempat berkunjung ke Pulau Ketam, Klang.  Perjalanan dari jeti Pelabuhan Klang mengambil masa lebih kurang 30 minit menaiki feri dengan kadar bayaran RM7.00, pergi balik baru RM14.00.  Nak pergi jalan jauh2 byk benda kena fikir selain budjet, cuti lagi, dah lah waktu kerja suami tak menentu...so kita pergi cuti2 bajet murah dan dekat je.  Mari kita share senario Pulau Ketam melalui gambar di bawah nie..


Jeti Pelabuhan Kelang


Pemandangan di Perkampungan Nelayan

Antara Kemudahan komuniti di Pulau Ketam

nasamulia
Basikal adalah pengangkutan utama di Pulau Ketam




No comments:

Post a Comment