Tuesday, 30 October 2012

Spaghetti Ala Dente Cencaluk Suamiku

nasamulia
Spaghetti Ala Dante - Cenceluk
Salam, pelik bunyi resepi suamiku ini? inovasi west to east ker?...ape2 jelah, yang penting tekak kami berdua boleh telan dan mengeyangkan.  Ini antara kegemaran suami Mulia, suka mencuba makanan yang rasenya agak lain dari yang biasa.  Spaghetti seafood, olio, carbonara, marinara or bolognese memang biasalah kita dengar kan?. Nak keluar dari kebiasaan beginilah jadinya - Spaghetti Ala Dante Cencaluk. Dengar nama je agak2 orang Itali nak makan tak, makanan ruji mereka yang dah dimodified ini?.

nasamulia
Nampak mcm menyelerakan - Memang sedap pun, tak percaya cubalah!
Cara nak sediakan spaghetti ni senang jer. Tumis dan main campak2 jer bahan2 tu galam kuali, gaul2 dah siap.  Pada sape2 yang nak cuba resepi kt bawah nie

Spaghetti Ala Dente - Cencaluk

Spaghetti 100gm - celur tp jgan sampai terlalu lembik
1/2 batang carrot - potong kecil2
1 biji bawang besar - hiris
3 utas kacang panjang - potong kecil
1 biji tomato - hiris kuib
1 sudu cencaluk - bagi yg suka masin lebihkan sedikit
1 biji limau nipis - perah untuk jus
sedikit oregano
sedikit chilli flake - boleh jugak ganti dengan cili padi
Minyak zaitun untuk menumis.

*Tumiskan bawang, masukkan cencaluk, perahkan asam limau, masuk carrot, kacang panjang dan tomato.
*Masukan sedikit air lebih kurang setengah cawan dan biar mereneh sekejap.
*Masukan Spaghetti, oregano dan chilli flake.  Gaul rata dan letak perasa. Angkat dan hidang.

nasamulia
Selepas 10 minute - dah licin
Penggunaan limau nipis untuk memotong rasa masin cencaluk, bagi yang suka rasa masam, boleh lebihkan jus limau.  Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment