Tuesday, 9 October 2012

Walimatul urus....................

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Syukur kita diberi peluang sehari lagi untuk hari ini.  Selamat pengantin baru kepada pasangan Adlina & Sham yang telah melangsungkan perkhawinan 2 minggu lepas.  Welcome too the club, kate orang kita dah satu kapal...hehehe.  Doa untuk Ad dan diri sendiri yang baru melangkah ke alam ini, Semoga kita di anugerahkan dengan alam rumahtangga yang sakinah, mawahdah & warahmah.  Amin.



Seronok betul menghadiri majlis resepsi kawan Mulia yang seorang nie, teruja sebenarnya, Acaranya begitu gilang gemilang, yang di adakan di dewan Perdana Felda Kuala Lumpur dan di hadiri oleh VVIP.  Hidangannya pula sungguh enak dan menyelerakan.  Sambil tetamu menjamu selera, kami dihiburkan dengan tarian zapin oleh penari2 cilik dan dendangan lagu2 melayu lama dari kumpulan pemuzik gambus.







Sebenarnya Mulia nie agak teruja menghadiri majlis ini, ialah sebelum ini majlis kenduri kahwin yang Mulia hadiri, hanya kenduri yang sederhana, di kampung2, suasana agak berlainan dengan yang dibuat di hotel2 atau di dewan. 

Mari kita saksikan gambar-gambar suasana  kemeriahan majlis ini.

Menu para tetamu - Butter Prawn, Rendang Tok, Dalca Sayuran, Acar Buah, Papadom, Ayam Beriyani, Isi Ikan Bunga Kantan, Buah-buahan, SirapLimau, Air



Menu Pencuci Mulut - Tapai Ice Cream

Buah Tangan Untuk tetamu

Ibu bapak pengantin perempuan ketika berucap


Flower girl

Pengantin melangkah ke Meja Makan Utama
  Jutaan terima kasih kepada tuan rumah dari kami kerana sudi menjemput ke majlis ini.




No comments:

Post a Comment