Pernah viral dulu dessert ini, sesuailah nak sediakan musim panas-panas macam sekarang ini. Panas berdenting sangat memang tak boleh bawa bincang, jarang sangat buat aktiviti diluar sekarang ini. Nak pergi pasar beli ikan dan sayur pun rasa lebih suka pergi waktu malam daripada siang hari.
Dessert dari negara jiran, senang nak buat dan bahan pun mudah nak dapat kerana hanya menggunakan beberapa bahan utama saja.
Cha Ba Ang
Sumber: Pelbagai
Bahan-bahan;
1 peket cincau - potong dadu
Ais batu secukupnya
1 sudu biji selasih - rendam hingga kembang dan sejat
1 tin susu cair
200ml susu segar
2 sudu susu pekat
2 sudu gula merah / melaka
Sedikit air panas
Cara Penyediaannya;
* Cairkan gula merah dengan air panas dan tapis.
* Sediakan mangkuk besar dan campurkan semua bahan, kacau bagi mesra dan cuba sesuaikan rasa manisnya.
Nota - Jika tak suka guna air batu, boleh sediakan awal dan letak dalam peti sejuk terlebih dahulu, sebab minuman ini sedap dinikmati ketika sejuk.
No comments:
Post a Comment