Sunday, 1 February 2015

Soto Ayam

Assalamm.....
Menu kegemaran tapi agak leceh dibuat oleh orang seperti saya.  Tapi nak cari yang memuaskan tekak dan boleh makan banyak kali, memang kena buat sendirilah jawapnya.  Resepi memang banyak yang telah dikongsikan oleh yang pakar, tapi untuk orang seperti saya ini, mesti kena cari yang mudah, senang dan kurang songeh janji  hasilnya sedap.  Dalam duk menggodek tu terjumpa resepi dari blog Hany's Family.

Soto Ayam
Sumber: Hany's 


A. Sup
Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok 
(Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat. ikut korang la eh)
10 ulas bawang merah kecil, dikisar
10 ulas bawang putih, dikisar 
2 inci halia muda, dikisar 
1 inci lengkuas, dikisar 
2 batang serai, dikisar 
Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
Satu peket rempah kurma Adabi, dibuat pes
2 biji buah keras, kalau suka
1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
3 sudu makan minyak masak
Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan Kuah
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
4. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
5. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam yang direbus, digoreng dan disiat-siat.
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

8. Kacang tanah goreng (saya tambah)
9. Sambal kicap - harus ada
10. Bergedil ayam atau daging.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment