Assalam...
Terjadi pada saya jer kot, asal gong xi fa cai menjelang akan selsema, sakit tekak, batuk dan demam seakan dalam rahang ini kejang (rasa nak cabut-cabut gigi yang tak berapa nak ada tu, tanggalkan sementara waktu). Tak tahulah kenapa, secara kebetulan saja atau memang ketika itu sistem imun badan berada pada tahap paling rendah ditambah dengan stress mengejar date line sebelum mereka (supplier) bercuti panjang. Ini bukan tahun pertama, tahun-tahun sebelum ini pun begitu jugak. Pernah dulu tengah buat kerja boleh rasa loya dan muntah-muntah, kalah orang mengidam sampai muka pucat lesi dan hampir pitam. Lepas itu bos antar balik rumah terus, tapi keesokkan hari tetap datang kerja. Yang lucu demam tu ada time pulak, selalu bermula waktu petang ke malam. Bila bangun pagi rasa ok dan pergi kerja. Sampai tempat kerja baru mula sok sek sana sok sek sini, ha cium sana sini.
Orang selalu pesan jangan makan lokam, boleh batuk pada yang tak tahan. Seingat saya, tahun ini tak makan lagi lokam tu, walaupun dah berkotak-kotak depan mata. Kawan-kawan saya siap buat lawak hantu tepekong banyak besarang dalam badan. Mengarut jer.... Hari ini dan esok rehat dulu, rawat demam dengan rehat, kalau tak larat sangat baru pergi ketuk klinik doktor johari dan anita. Moga isnin mendatang boleh settlekan semua kerja sebelum bercuti panjang CNY.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment