Assalam...
Plan dalam hati akan berkunjung ke sini bila ada peluang ke Penang suatu hari. Beberapa kali berkunjung tetapi tiada rezeki dan hari ini diperkenankan, walaupun dalam keadaan kurang menyenangkan pada mulanya. Kira tempat ini sebagai penyelamat keadaan ketika itu, biarlah saya simpan cerita itu sebagai kenangan.
Baca yang bawa ini kenapa, masjid ini begitu istimewa....tok dan tok wan yang pergi mekah naik kapal laut dari pelabuhan georgetown dulu-dulu, mesti akan singgah di masjid ini. Dulu mana ada kompleks haji tempat berkumpul seperti sekarang ini.
Kawasan wakaf Masjid Melayu Lebuh Acheh ini merupakkan penempatan masyarakat melayu sejak dahulu sehingga kini masih dihuni oleh beberapa generasi penghuni asal. Rumah-rumah tradisional melayu juga masih dikekalkan dalam bentuk yang asal.
Dulu ada juga kawan saya yang tinggal di kawasan ini, sewa memang murah tapi itu dulu sebelum akta kawalan sewa dimansuhkan.
Menara utama masjid.
Sebahagian rumah di kawasan masjid.
Kawasan perkuburan lama yang terletak di belakang masjid.
Masjid Melayu Lebuh Acheh ini terletak di dalam kawasan tapak warisan dunia UNESCO, memang ramailah yang berkunjung ke sini.
Walaupun pada hari itu panas terik, tapi daku tak merasa bahangnya kerana perasaan yang begitu gembira. Flash back ketika hampir 20 tahun yang lalu berjalan kaki dengan rakan-rakan studio mundar-mandir di kawasan ini bersama pen dan peta ditangan.
Plak pewartaan sebagai bangunan warisan
Hari ini ditemani oleh dua orang yang berlainan generasi tapi punya minat yang sama.
Ruang anjung masjidPintu ke ruang solat utama / dalaman masjid.
Ruang dalaman masjid / ruang solat utama.
Mimbar
Tetingkap masjid yang diperbuat daripada kayu.
Serambi masjid disebelah tempat wuduk untuk jemaah lelaki.
Ruang wuduk lelaki yang ada ruang terbuka di tengah bumbung untuk ventilasi udara dan cahaya.
Ruang solat wanita di sebalik tirai kayu.
Tempat wuduk tambahan di sebelah berdekatan dengan pintu masuk utama ke dalam kawasan masjid.
Semoga suatu hari boleh berkunjung ke sini lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment