Assalam...
Saya cnp dari laman web kementerian kesihatan tentang nasihat dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika cuaca panas yang melampau ketika ini. Sama-sama kita jadikan .
Pengenalan
Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian.Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia.
Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.
Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas
Apakah kesan kesihatan berkaitan dengan panas?
Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh;
- Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
- Kumpulan umur
- Kecergasan individu
- Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
- Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
- Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
- Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
- Strok akibat dari panas (heat stroke)
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas
Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?
- Sakit kepala
- Keletihan
- Tumpuan lemah
- Pening
- Lemah otot–otot badan atau kekejangan
- Mual dan muntah
Komplikasi (kerumitan)
Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas?
- Strok panas boleh menyebabkan maut
- Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
Kumpulan Berisiko
Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
- Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
- Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
- Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Pencegahan
"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.
Di bawah adalah tip–tip pencegahan:
- Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Berehat dengan kerap
- Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Apakah perlu dilakukan jika saya menghadapi kekejangan otot?
- Keluar dari kawasan yang panas
- Meregangkan otot-otot yang terlibat
- Letakkan bungkusan ais/air batu
- Minum air setiap 15 minit
- Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk hari tersebut
- Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
- Kekeliruan/kebingungan
- Kerap muntah
- Susah bernafas
Wassalam.
No comments:
Post a Comment