Semalam petang dapat WhatsApp dari noy (anak saudara), tak dapat sampai pada waktunya kerana sistem lrt kelana jaya tergendala. Mesin token, gate serta eskalator jugak terhenti. Difahamkan sistem tergendala sejak dari jam 6.20 petang lagi kerana masalah teknikal di stesen pasar seni. Ketika noy sampai kl sentral dah dekat jam 7.30 petang.
Nasiblah dia berdua dengan kawan kolej yang sama-sama nak menggunakan perkhidmatan lrt tu, noy nak ke arah kelana jaya sementara kawan dia tu nak ke arah setiawangsa. Sementara menunggu sistem pulih mereka merayau cuci mata dan tekak di NU sentral. Kesian pengguna yang 100% menggunakan lrt pergi dan balik kerja, mesti letih menunggu. Nasib time balik kerja kan, kalau waktu pagi memang ramai yang akan sampai lewat. Bertabahlah semua.
Sistem pulih dekat jam 9 malam dan noy selamat sampai kelana jaya jam 10 lebih, pengalaman baru bagi dia. Saya pun pernah sekali lama dulu di stesen masjid jamek, waktu pagi masa rush nak tukar lrt pergi kerja, masa tu yang menggerunkan sebab manusia makin lama makin ramai memenuhi ruang stesen.

Wassalam.
No comments:
Post a Comment