Tuesday, 6 January 2015

Zero to Hero

Assalam...
Ini cerita malam new year, tiada kaitan cerita nak pergi celebrate ke hape.  Saya ajak seorang memandangkan en.Abe perlu berkerja malam itu. Kami sedaya mungkin cuba memenuhi jemputan sahabat saya di puncak alam yang buat kenduri tahlil.
Walaupun kami jarang berjumpa tetapi sentiasa mengikuti perkembangan melalui laman sosial terutama perkembangan busnes mereka suami isteri.  Kalau sebelum ini ada yang pandang sipi pada mereka, mungkin melihat agak mustahil untuk sampai ke tahap ini.  Namun Allah dah janji rezeki sesorang dan 99 punca rezeki itu adalah dengan berniaga, tiada siapa yang mampu menyangkal tentang itu.  Bermula dengan berniaga nasi lemak bungkus secara sambilan di tepi stesen komuter pada sebelah pagi dan petang.  Waktu pagi sebelum pergi kerja, manakala waktu petang setelah pulang kerja.  Selepas itu mereka menjual nasi campur, ambil tender kantin dan kini mereka adalah tokeh catering yang turut mengusahakan restoran di Puncak Alam.  Semangat dan kesungguhan mereka boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk berjaya.  Mereka bermula daripada zero, namun berkat rajin berusaha tanpa jemu dan tidak mahu bergantung dengan hanya makan gaji, telah menjadikan siapa mereka yang sekarang.
Sempat menyelinap masuk bilik yang menyimpan segala barang-barang yang dijadikan deco / prop.  Kalau dah macam ini rupanya, kira busness baiklah ini.  Mudah-mudahan sahabat saya ini terus dimurahkan rezeki dapat banyak projek.
Sesiapa yang nak buat sebarang majlis, kenduri kahwin, tunang, tahlil, kesyukuran, open house atau apa saja boleh mencuba khidmat katering yang ditawarkan oleh Rose Katering.  Nak maklumat lebih lanjut serta nombor untuk dihubungi, sila klik sini.  Package mereka memang berbaloi berserta dengan service yang memuaskan hati.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment