Sunday, 18 January 2015

Tea Time, Dinner & Supper

Assalam...
Sudah berapa hari kami tak mengambil nasi ketika tiba waktu makan malam.  Bila dah menikmati makanan ketika tea  time diluar selepas waktu kerja, sampai rumah pada malamnya hanya minum air masak.  Tetapi bila tak sempat mengetah diluar, cukup sekadar menikmati secawan teh atau kopi ketika di rumah.  Dengan kata lain dapur memang tak berasap pada hari bekerja.  Kami pula takdelah mengikut sebarang program diet, tetapi keadaan itu terjadi secara sendiri tanpa dirancang.  Besar kemungkinan disebabkan perubahan waktu dan suasana kerja en.Abe sekarang.  Kini waktu kerja hampir waktu normal, sudah tidak mengikut shift seperti dulu.
Menurut beliau sebelum ini sering terasa letih dan lapar ketika balik ke rumah.  Memang kena masak dan sediakan makanan.  Kadang waktu makan dah lewat malam atau dini hari.  Kita yang jadi peneman pun takkan tengok saja, mesti nak makan sekali, dugaan iman dan nafsu betul.  Sekarang ini rasa syukur sangat, bukan syukur sebab tak perlu masak, atau malas nak masak tetapi sekurang-kurangnya dapat mengawal pengambilan makanan berat pada lewat malam.  Namun tak lupa setiap hari akan tanya sama ada nak makan malam atau tidak, jawapannya hanya sediakan minuman dah cukup...Yahoooo..  Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab kini ada masa yang panjang untuk dinikmati bersama berbanding sebelum ini.
Gambar atas adalah dim sum, siew mei (dumpling ayam) dan har kaw (dumpling udang) lebihan daripada function yang sempat ditapau.  Memang mabuk dim sum petang tu, puas hati dapat makan banyak daripada tea time sampai supper.  Cuba pergi makan kat resto yang jual dim sum entah berapa diorang charge. 
Yang ini pula karipap pusing paling sedap yang pernah saya makan, dibeli dalam bentuk frozen di Pantai Dalam.  Kami cuma panggil Karipap Liza sempena nama pembuatnya.  Selalu musim bulan puasa baru dapat merasa karipap ini, sebab syarikat akan memesan dari beliau, sambil-sambil itu kami tumpang semangkuk untuk beli sepeket dua.
Setakat ini Puan Liza ini buat karipap secara sambilan sahaja di rumah.  Buat mengikut permintaan atau pesanan, saya rasa boleh pergi jauh kalau diusahakan dengan betul berdasarkan rasa dan kualiti karipap yang dihasilkan.  Serius sedap sangat.  Rasa hati lepas ini, nak meriki-riki kalau Puan Liza boleh menerima murid  tua seperti saya untuk diajar cara menghasilkan karipap sedap ini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment