Tuesday, 13 January 2015

Salad Macaroni - Cara Orang Suluk

Assalam... 
Saya mula-mula dihidangkan dengan menu ini ketika berkunjung ke rumah ibu mertua sepupu saya.  Bila dihidangkan dengan salad ini, mula-mula saya fikir mesti diorang ini suka makanan western.  Mula-mula dah hidangkan salad bersama air nescafe, selalu kalau kita akan hidang kuih muih.  Macam tau-tau jer, apa persoalan dalam kepala kami ketika itu, tuan rumah dengan segera menjelaskan bahawa inilah makanan yang selalu mereka hidangkan kepada tetamu atau bila ada keraian.  Sepupu saya yang duduk sebelah bisik dia tak boleh nak makan benda ini, "ndak boleh limpas" tu orang sabah cakap kalau tak lalu nak makan.

Hak yang western tu saya dah pernah makan, rasa creamy mayonis, makan pun so so ajelah.  Bila dapat yang ini ada rasa manis pulak. Mengenangkan tak baik menolak rezeki yang didangkan oleh tuan rumah, saya pun makan dengan perlahan-lahan hingga habis dalam pinggan.  Sebenarnya takdelah teruk sangat, hanya disebabkan jakun tak pernah rasa makan tu jer.
Inilah resepi yang sudi dikongsikan oleh isteri sepupu saya tu.  Ukuran terhadap bahan-bahan ini tiada yang mengikut metrik, kena pandai-pandai sendiri  budget dan campuran buah-buahan boleh letak mengikut selera sendiri.

Salad (Macaroni) Cara Suku Suluk
Sumber: Auntie Aishah

Bahannya
1 pkt macaroni (500gm)
1 tin nenas - tos sirap dan ptotong cube
1 tin buah-buahan campur - tos air dan potong cube
1 tub nata de coco
mayonis secukupnya
kismis secukupnya
susu pekat secukupnya

Penyediannya.
*  Rebus macaroni hingga lembut dan toskan.
*  Campurkan macaroni, buah-buahan dan nata de coco.
*  Gaul mayonis bersama susu pekat hingga sebati dan campurkan ke dalam adunan macaroni tadi.
*  Sejukkan terlebih dahulu di dalam fridge atau boleh dinikmati ketika itu jugak.
*  Salad perlu di simpan di dalam keadaan sejuk dalam peti ais.

p/s - Dulu saya pun susah jugak mau kasih limpas ini makanan.  Mula-mula makan sesudu, kali kedua pilih-pilih buah saja, tetapi bila dah try banyak kali boleh jadi suka.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment