Friday, 27 September 2013

Phi Phi Island, Krabi Phuket

nasamulia
Yeah...dah sampai Pulau Phi Phi, Krabi antara 10 pulau terbaik di Asia untuk dilawati. 

Assalamualaikum...
Sambung lagi sikit berkenaan phuket yang tak-tak siap.  Macam tak puas hati kalau tak cover semua.  Sesampai di jeti, feri menurunkan penumpang terlebih dahulu untuk mereka yang hendak menginap.  Kami tidak dibenarkan turun, kerana aktiviti baru start selepas ini..

Dah selesai, feri keluar semua dari jeti ke Monkey Beach di sini kami diberi masa 1 jam untuk aktiviti snorkeling. Singkat sangat tak sempat pun berenang hingga ke pantai di tambah pulak dengan bilangan pengunjung yang ramai di kawasan tersebut.



Selepas itu, kami di bawa untuk hoping island di sekitar Pulau Phi Phi...
Terdapat banyak teluk dan pantai yang memang sesuai sebagai spot snorkeling & diving....



Gua yang satu ketika dahulu dipercayai pernah dijadikan sebuah penempatan orang berketurunan Melayu yang berasal daripada Malaya..
Kini dah kosong, tak selamat untuk didiami.



Selesai hoping island feri membawa kami semula ke jeti.  Semua penumpang kena turun untuk makan tengahari di Pantai Charlie.  Masa diberi 2 jam... 


 


Perut memang dah minta diisi sangat-sangat dari tadi, rasa lapar makin bertambah setelah bersnorkeling.  Bila dah lapar semua makanan terasa sedap untuk dinikmati..
Yang paling best tempat makan ini sedepa jer dari pantai, so angin bukan setakat sepoi-sepoi bahasa lagi....



Sempat menikmati keindahan pantai sekejap sebelum kembali ke feri....



 Antara resort yang terdapat di Phi Phi Island
Kepada mereka yang sukakan aktiviti sukan laut dan menikmati suasana kepulauan.. datanglah ke Pulau Phi Phi, pasti lebih terasa nikmatinya jika anda memilih untuk  menginap di pulau ini..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment