Negara-negara pengeluar batu permata di dunia. |
Tempat persinggahan kali ini, memang menjadi kegemaran di kalangan cik2 kiah, tak dapat beli takpe, tengok pun dah cukup. Gems Gallery Phuket, yang didakwa sebagai the world's biggest jewelry store, sejauh mana benar dakwaan ini...sila pastikan sendiri ye.
Mula2 pelawat di bahawa menaiki keretapi melalui torowong untuk memperlihatkan aktiviti perlombongan batu permata di seluruh dunia.
Batu permata dikeluarkan dari perut bumi melalui kaedah perlombongan primitif ataupun berteknologi tinggi.
Raja-raja di dunia yang menggunakan batu permata sebagai lambang kebesaran negara dan kerajaan mereka.
Perairan Phuket (laut Andaman) merupakan kawasan yang sesuai untuk pembiakan tiram yang menghasilkan mutiara. Mutiara Phuket merupakan antara yang mutu yang terbaik dunia.
2nd Section, dewan yang menempatkan mereka yagn digelar sebagai "Pandai Emas", si tukang pembuat barangan kemas. Orang ramai dapat menyaksikan proses dari A-Z bagaimana sesuatu barangan kemas dihasilkan setelah melalui beberapa proses yang teliti dan rumit.
Last section, pelawat di bawa memasuki dewan pameran barangan kemas yang juga merupakan tempat penjualan barang kemas dan batu permata. Harga dari semurah ratusan ringgit mencecah ke ratusan juta. Maaf tiada gambar, sebab ada tanda ini - no camera please.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment